Muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.
[DIKEMASKINI] BIASANYA, penerbit filem mahupun album
tempatan akan meraih keuntungan utama menerusi kutipan tiket atau jualan
produk mereka yang ditayangkan serta diedarkan di seluruh negara.
Kemudian, hasil keuntungan itu pula akan dikaut menerusi jualan terus atau hak cipta kepada stesen-stesen televisyen yang mana ia biasanya disiarkan ketika musim-musim perayaan.
Bahkan, penerbit filem khususnya dapat meningkatkan jumlah keuntungan itu dengan menerbitkannya menerusi format cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) selepas kira-kira tiga bulan ditayangkan di pawagam, sekali gus memberikan lebih pilihan kepada penonton.
Bagaimanapun, kini strategi perniagaan menerusi VCD dan DVD menerima tamparan hebat apabila ia menjadi mangsa laman-laman web yang tidak bertanggungjawab.
Sudahlah dirundung keresahan akibat masalah cetak rompak yang bagaikan tiada kesudahan, kini sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, semakin banyak pula laman web yang menyediakan kemudahan muat turun secara haram sama ada untuk filem, album ataupun lagu-lagu tempatan.
Apa yang lebih membimbangkan, kewujudan laman web tidak sah ini juga boleh diumpamakan sebagai lanun cetak rompak, bezanya ia beroperasi secara digital atau maya.
Hakikatnya, muat turun filem, album atau lagu daripada internet tanpa kebenaran daripada penerbit atau pemegang hak cipta sesuatu produk itu merupakan suatu kesalahan besar yang tertakluk di bawah Akta Hakcipta 1987.
Sedikit mengenai sejarahnya, muat turun muzik dan dan filem telah bermula sejak teknologi telefon bimbit 2G atau 3G mula diperkenalkan di Malaysia pada penghujung 1990-an. Sejak itu, ia berkembang dengan pesat seiring dengan kecanggihan teknologi komputer dan telefon bimbit.
Senario ini ternyata menimbulkan 1,001 rasa tidak enak dalam kalangan penerbit kerana terpaksa menanggung kerugian ekoran keuntungan yang sepatutnya diperoleh terjejas teruk akibat daripada permasalahan tersebut.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menerusi laman web rasminya, menunjukkan purata kutipan filem tempatan semakin menunjukkan penurunan dari tahun ke tahun iaitu RM2.2 juta (2010), RM2.6 juta (2011), RM1.3 juta (2012), RM1.2 juta (2013) dan terus menurun sehingga RM0.89 juta pada tahun lalu.
Tidak hanya industri perfileman, industri muzik turut menimpa nasib yang sama.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), penjualan melalui medium fizikal seperti kaset, cakera padat, VCD dan DVD pada 1996 membawa keuntungan sehingga RM315 juta sebelum menurun tahun demi tahun iaitu RM200 juta (2000), RM108 juta (2002), RM97 juta (2005), RM69 juta (2007) dan RM56 juta (2009). Keuntungan itu semakin merudum sejak lima tahun kebelakangan ini iaitu hanya RM20 juta.
'Malapetaka’ yang menimpa industri perfileman dan muzik kini, semakin kronik dan perkara itu diperakui penggiat seni sendiri sehingga menimbulkan pertikaian dan ketidakpuasan dalam kalangan karyawan terutama penerbit berhubung perkara ini.
Bahkan, sekiranya tiada pemantauan dan penguatkuasaan dilakukan bagi membendung jenayah siber ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada penerbit industri perfileman serta rakaman album.
Malah, peminat juga mungkin tidak berpeluang untuk menikmati lagi karya-karya yang lebih bermutu pada masa depan jika penerbit kekurangan modal atau keuntungan bagi menerbitkan produk seterusnya.
Wujudkan unit tindakan khas: Karyawan
Pada 2011, Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) pernah tampil menunjukkan sokongan terhadap tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menyekat beberapa laman portal yang menawarkan khidmat muat turun kandungan kreatif secara haram.
Ketika itu, SKMM mengenakan tapisan internet dan menyekat 10 laman perkongsian fail antarabangsa sehingga menyebabkan beberapa laman web kerajaan dan hiburan digodam.
Menurut Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez, usaha tersebut dapat membantu perkembangan industri hiburan tempatan yang semakin kritikal akibat daripada masalah cetak rompak dan muat turun secara haram.
"Industri hiburan ini kecil saja dan dengan adanya lanun-lanun seperti ini ia lebih memburukkan lagi keadaan," katanya.
Bagaimanapun, tindakan yang dilaksanakan oleh SKMM itu hanyalah bersifat sementara dan kini ia seolah-olah dilupakan sekali gus menyebabkan seni tempatan tiada nilai.
"Memang kita nampak ada tindakan yang dilakukan, tetapi ia tidak berterusan dan tidak konsisten.
"Biarpun ada tindakan itu, kita tak tahu pula apakah bentuk hukuman yang dilaksanakan sama ada dari segi pembayaran denda, dibawa ke mahkamah atau akhirnya disumbatkan ke penjara?
"Oleh sebab itu, mereka yang melakukan kerja haram ini tidak takutkan apa-apa kerana tahu tiada hukuman yang akan dikenakan. Ini akan lebih memburukkan lagi industri," katanya.
Jelas Freddie, industri akan turut terjejas sekiranya masalah ini semakin berterusan dan tidak dapat diatasi.
"Jika ini berterusan, tidak mustahil industri akan lenyap.
"Tiada lagi yang akan membikin filem malah sektor muzik juga semakin lesu kerana tiada lagi penghasilan album.
"Ramai penerbit takut untuk menanggung kerugian," katanya.
Freddie menyarankan satu jawatankuasa khas atau unit tindakan khas dapat diwujudkan di antara industri, SKMM, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membanteras isu ini.
"Tujuan penubuhan itu untuk membincangkan dan menyemak buku laporan yang diterima, jenis tindakan serta hukuman yang dikenakan.
"Setiap penggiat seni pula perlu ada hubungan rapat dengan pasukan bertindak supaya ada laporan diberikan.
"Tetapi, kita masih tak nampak semua ini lagi. Kita mengharapkan jawatankuasa atau unit tindakan khas yang ditubuhkan ini boleh lebih memandang serius akan permasalahan yang kami hadapi ini," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan