SHAH ALAM - Sejak dibentang dan diluluskan pada sidang Dun Kelantan
bulan lalu, isu Enakmen Jenayah Syariah atau hudud yang dibawa Pas
kembali hangat diperkatakan hingga kini.
Pelaksanaan hudud yang mendapat tentangan daripada rakan komponennya, DAP dan PKR itu nyata telah mengeruhkan hubungan dalam pakatan pembangkang tersebut.
Tampil menjernihkan keadaan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menjelaskan kemelut itu dalam Bicara Minda dan Sesi Dialog Datuk Seri Abdul Hadi Awang anjuran Sinar Harian yang bertajuk “Hudud Dari Kaca Mata Hadi”, Rabu ini.
Bertempat di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf), Seksyen 15, Shah Alam, program tersebut akan berlangsung selama dua jam bermula 2.45 petang hingga 4.45 petang.
Orang ramai dijemput hadir dan membuat pendaftaran awal dengan menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066) ekoran tempat yang terhad.
Laporan secara langsung boleh diikuti menerusi portal, laman sosial Facebook dan Twitter rasmi Sinar Harian sementara rakaman video boleh ditonton di laman web Sinar TV.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan