MALAYSIAKINI
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang
apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan
datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.
Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya
umum akan datang.
"Saya
fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat
sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.
"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.
"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.
"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar,"
kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtube semalam.
Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang
penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya
dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan