THE MALAYSIAN INSIDER
Business Times Singapura
hari ini mendakwa memperolehi dokumen mengesahkan penglibatan satu lagi
bank negara itu dengan firma pelaburan bermasalah milik Malaysia,
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Akhbar itu mendakwa sejumlah AS$20 juta dipindahkan dari satu akaun
cawangan RBS Coutts Singapura kepada akaun Tarek Obaid pada tahun 2009.
Menurut Business Times, bayaran AS$20 juta itu adalah 'brokers fees'
(yuran orang tengah) yang dibayar ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho
Low, kepada Tarek untuk sebarang pelaburan dari Timur Tengah ke dalam
Malaysia.
Tarek ialah ahli perniagaan Arab Saudi merangkap pengasas PetroSaudi
International (PSI) - pemilik usahasama bernilai AS$2.5 bilion dengan
1MDB pada tahun 2009.
Bayaran itu didakwa dilakukan selepas usaha sama tersebut dimeterai.
Usaha sama itu menyaksikan 1MDB membayar AS$1 bilion kepada PSI dan
sebagai timbal balas, PSI menyerahkan aset bernilai AS$2.7 bilion kepada
1MDB.
Baru-baru ini, 1MDB dilaporkan menebus AS$1.1 bilion dari Kepulauan
Cayman dan menyimpan dana tersebut di BSI Singapura, satu unit
pengurusan aset Switzerland di Singapura.
Putrajaya dalam pengumumannya berkata dana itu disimpan di BSI untuk "melancarkan pengeluaran dengan lebih mudah.
Ini kerana Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan syarat bahawa sebarang
pengeluaran melebihi RM50 juta perlu mendapat kelulusannya.
Jabatan Peguam Negara kini sedang meneliti akaun-akaun 1MDB selepas
badan itu ditimbuni hutang sehingga RM42 bilion di samping dakwaan
urusniaga-urusniaga meragukan.
Penguatkuasa Kewangan Singapura pada bulan lalu berikrar akan menyokong
penuh sebarang usaha dalam bidang kuasa undang-undang untuk sebarang
siasatan audit.
Laman pembongkar rahsia Sarawak Report sebelum ini pula melaporkan yang
Tarek pada tahun 2009 mengeluarkan satu surat tuntutan kepada syarikat
usaha sama itu, 1MDB-PetroSaudi Limited.
Surat itu menuntut dana sebanyak AS$700 juta dipindahkan kepada akaun
bernombor 11116073 di RBS Couts Bank Ltd di Zurich, Switzerland.
Surat itu juga mendakwa akaun tersebut didaftar di bawah nama syarikat
dikenali sebagai Gold Star Limited yang dikawal ahli perniagaan Taek Jho
Low.
"Ini bermakna dana itu yang dikatakan dibayar semula kepada PetroSaudi
sebagai sebahagian daripada usaha sama itu sebenarnya dipindahkan Tarek
Obaid kepada pihak ketiga iaitu Good Star Limited," lapor Sarawak
Report.
Sarawak Report memetik satu salinan perjanjian pinjaman berjumlah
AS$700 juta dari PetroSaudi Caymans Holdings kepada 1MDB-PetroSaudi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan