MALAYSIAKINI
Adik bongsu perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak memilih gambar kulit
album 'You are not alone' oleh penyanyi pop mendiang Michael Jackson
untuk dikongsi di laman sosial.
Gambar tersebut menjadi perhatian apabila beliau memuatkannya dengan komen “kini muncul dalam politik Malaysia”.
Perkara itu menimbulkan pelbagai spekulasi kerana ia muncul selepas
keluhan perdana menteri Tun Dr Mahathir, yang banyak melancarkan
serangan ke atas abangnya, Datuk Seri Najib.
Mahathir
pada minggu lalu mengeluh kerana berasa “sendirian” dalam usaha untuk
mendapatkan penjelasan dari Najib atas isu yang dibangkitkannya.
Keluhan Mahathir itu disambut dengan sokongan Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berkata Mahathir tidak keseorangan dalam
usaha itu.
Nazir memuatkan gambar kulit album hit Michael Jackson itu semalam di
Instagram, tidak lama semalam selepas Muhyiddin menyatakan sokongan
tersebut.
Tindakan itu mencetus pelbagai tanda tanya, memandangkan sebelum ini
timbul laporan bahawa hubungan Najib dan adik beradiknya terjejas.
Adik beradik Najib malah terpaksa mengeluarkan kenyataan bagi menjawab
dakwaan Pejabat Perdana Menteri bahawa kekayaan PM dan keluarganya
adalah daripada harta warisan.
Ini
kerana, Pejabat Perdana Menteri mengaitkan harta tinggalan bapa mereka,
allahyarham Tun Razak Hussein dalam jawapan kepada satu laporan The New York Times berhubung sumber kekayaan Najib.
Adik beradik Najib itu terpaksa menjelaskan bahawa Abdul Razak sentiasa
berjimat cermat dan cakap-cakap mengenai kekayaan bapa mereka akan
mencemar nama negarawan tersebut.
Laporan The New York Times itu antara lain membandingkan
koleksi beg tangan mewah dan barang kemas isteri PM, Datin Seri Rosmah
Mansor dan gaji Najib - US$100,000 (RM370,000) setahun.
Laporan berkenaan turut memperincikan mengenai seorang anak Rosmah dari
perkahwinan terdahulu, Riza Aziz, yang muncul sebagai penerbit filem
terkemuka Hollywood.
Ini termasuk pembelian apartmen US$33.5 juta (RM117.5 juta) di New York
dan sebuah rumah di Beverly Hills bernilai sekurang-kurangnya US$17.5
juta (RM61.5 juta) walau hanya bekerja sebagai pegawai rendah di sebuah
bank sebelum ini.
Dalam satu tulisan di blog hari ini, Mahathir turut membangkitkan mengenai kemewahan oleh Najib dan Rosmah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan