Selasa, 17 Februari 2015

'Saya tak cuba jadikan bekas bos KFC agen'

MALAYSIAKINI


 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan mendekati bekas bos KFC Datuk Ishak Ismail untuk dijadikan “agen” bagi menawarkan RM100 juta kepada Menteri Luar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya beliau melompat parti dan membentuk kerajaan baru pada 2008.

Memberi keterangan di mahkamah hari ini, seminggu selepas dipenjara, Anwar berkata dakwaan Anifah bahawa Ishak menawarkan habuan itu bagi pihaknya “tidak masuk akal, jahat dan berniat jahat”.

“Saya kenal dia (Ishak) sejak menjadi menteri lagi tetapi tidak rapat dengannya sejak 1998,” katanya ketika disoal balas peguam pembelaan Tan Sri Shafee Abdullah.

Anwar sebelum ini membuat saman fitnah RM100 juta terhadap Anifah.

Hari ini hari terakhir perbicaraan dan keputusan dijangka dibuat pada 5 Jun.

Tiada ulasan: