KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Kecil Dun Chempaka dijangka antara agenda
utama mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dipengerusikan oleh presiden
parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, malam ini.
Mesyuarat, yang akan bermula 8.30 malam ini, dipercayai akan memutuskan sama ada Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon untuk bertanding pada pilihan
raya kecil itu yang akan diadakan pada 22 Mac depan, dan penamaan calonnya pada 10 Mac ini.
Kerusi Dun Chempaka kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akibat kanser prostat pada 12 Februari lalu.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas menteri besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.
Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan beberapa pemimpin BN telah menyuarakan pendapat agar BN tidak bertanding pada PRK Dun Chempaka, sebaliknya memberi tumpuan kepada kerja-kerja pemulihan pasca banjir di negeri ini. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan