MALAYSIAKINI
Umno tidak marah dengan pendedahan butiran intim insiden liwat seperti
yang disampaikan oleh ketua pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah dalam
siri jelajahnya.
"Kita tidak pernah marah, siapa yang kata kita marah?" kata timbalan
presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai mengulas berita Malaysiakini semalam.
Portal ini melaporkan pandangan seorang pemimpin Umno, yang enggan
dikenali, yang berpandangan siri jelajah peguam kanan itu boleh "memakan
diri" susulan pendedahan perinci Shafee di Kelana Jaya minggu lepas.
Muhyiddin juga berkata siri penerangan itu sebahagian hak Shafee kerana
beliau seorang pengamal undang-undang yang arif tentang isu tersebut.
"Itu hak beliau. Beliau diundang oleh beberapa organisasi. Beliau mahu
menjelaskan (kes itu) kerana beliau berkelayakan," katanya di Putrajaya
hari ini.
"Shafee seorang yang pandai, beliau lagi pakar daripada (kita) semua.
Jika ada pihak yang mengundangnya, terpulanglah kepada beliau. Kenapa
kami (Umno) perlu gusar."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan