MSTARONLINE
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang Mohamad Faiz Sulaiman berkata, sebuah jentera bersama-sama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada kira-kira 4 pagi.
"Api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya 37 minit kemudian. Tiada kecederaan serta kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, kereta berkenaan musnah terbakar 80 peratus," katanya ketika dihubungi Bernama.
Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Sharim Simin berkata, lori itu dipercayai hilang kawalan dan terbalik selepas satu daripada tayarnya pecah.
Pemandu lori itu dan seorang lelaki yang dipercayai penumpang lori itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan, katanya ketika dihubungi Bernama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan