MALAYSIAKINI
Pemimpin kontroversi PAS Datuk Phahrolrazi Zawawi mengakui terdapat
perbincangan dalam parti berhubung kedudukan presiden mereka Datuk Seri
Abdul Hadi Awang tetapi menafikan beliau terlibat.
"Ada perbincangan dalam PAS untuk buat pertukaran (presiden) sama ada untuk buat pendirian tukar atau tak tukar.
"Masih lagi dalam perbincangan nak kekalkan presiden sekarang. Banyak saranan yang diberi tapi belum ada keputusan muktamad.
"Saya tak terlibat (dalam perbincangan), saya cuma dapat maklum,"
katanya kepada pemberita pada sidang media di Shah Alam hari ini.
Phahrolrazi hari ini bagaimanapun berkata belum ada keputusan muktamad
berhubung langkah terhadap Hadi, yang komitmennya pada Pakatan Rakyat
dipertikai.
Phahrolrazi, presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), sebelum ini didakwa antara pihak yang cuba menjatuhkan Hadi.
Selain beliau, turut berdepan dakwaan ialah Timbalan Presiden PAS
Mohamad Sabu, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan Pengarah Pilihan Raya
PAS Hatta Ramli.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan