Isnin, 23 Februari 2015

PAS dipulau jika terus laksana hudud - Gobind

ANTARAPOS.COM


Post Pic



KUALA LUMPUR : Seorang pemimpin DAP hari ini mengingatkan PAS ia akan dipulaukan oleh Pakatan Rakyat jika ia membentangkan pindaan undang-undang hududnya di Kelantan bulan depan, walaupun langkah itu ditentang oleh sekutunya.

Pengerusi biro undang-undang kebangsaan DAP Gobind Singh Deo memberitahu Malay Mail Online jika PAS tidak mematuhi dasar bersama PR jika ia tetap memperjuangkan hudud, dan seterusnya mengasingkan dirinya dari PR.

“Apabila seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan kerangka dasar bersama sesebuah organisasi, ia mengasingkan dirinya dari organisasi itu. Apa terjadi ke atas dirinya selepas itu bergantung kepada keputusan pimpinan PR, tambahnya ketika ditanya sama ada DAP akan melucutkan PAS daripada pakatan pembangkang itu atau DAP sendiri keluar Pakatan.

The Star memetik Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah sebagai berkata semalam, PAS tetap membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah Kelantan di DUN negeri pada 18 Mac, walaupun ditentang keras DAP.

PAS juga dijangka membentang dua undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan yang bertujuan mengenepikan halangan perlembagaan yang menyekatnya daripada menguatkuasa undang-undang hudud di Kelantan pada 1993.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Gobind berkata pembentangan pindaan hudud di Kelantan adalah satu perlanggaran kerangka dasar bersama PR.

“Lantaran itu, pemimpin PAS di belakang langkah berkenaan mesti berani mengakui mereka menyebabkan PAS berpisah dengan Pakatan Rakyat dan menimbulkan persoalan terhadap keikhlasannya mahu berusaha memperkuatkan Pakatan Rakyat,” kata Gobind.

“Pembentangan undang-undang ini melanggar persetujuan dicapai di mesyuarat pimpinan PR baru lalu yang jelas ada persetujuan supaya perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga parti diadakan sebelum sebarang langkah diambil mengenainya,”  tambah ahli parlimen Puchong itu.

Dalam mesyuarat pimpinan PR pada 8 Februari lalu, PAS diminta membentangkan pindaan undang-undang hudud itu kepada pimpinan tertinggi dahulu sebelum ia dibentang di DUN.

DAP memberi amaran PR akan berpecah jika Kelantan membentangkan undang-undang hudud di DUN negeri pada 29 Disember lalu, sebelum banjir besar di negeri pantai timur Semenanjung memaksa PAS menangguhkan rancangannya.

Tiada ulasan: