MALAYSIAKINI
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua menyelar tindakan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) yang membuat perjanjian usaha sama dengan syarikat
PetroSaudi Holdings.
Pua, yang menggelar tindakan itu sebagai satu "penipuan", berkata, 1MDB
didakwa memeterai perjanjian usaha sama itu pada 2009 dengan pelaburan
sebanyak AS$1 bilion.
Bagaimanapun, katanya, usaha sama itu telah mempunyai hutang "sedia ada"
dalam bentuk pinjaman sebanyak AS$700 juta daripada PetroSaudi yang
diambil wang tersebut daripada syarikat induknya, PetroSaudi
International.
Selain itu, Sarawak Report hari ini turut mendedahkan tentang
perjanjian usaha sama itu dan bagaimana 1MDB terpaksa membayar dua
pertiga daripada pelaburan awal untuk membayar balik pinjaman rakan
niaganya itu.
"Ini adalah lubang pertama yang 1MDB gali untuk dirinya sendiri
menyebabkan semua lubang besar berikutnya digali untuk menutup penipuan
ini!
"Adakah penyangak ini akan membayar jumlah itu?" kata Pua yang jugaMP Petaling Jaya Utara di lama Facebooknya hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan