Selasa, 3 Februari 2015

Pemain Industri Cina Kawal Harga Barang Adalah Fakta

RAKYATNEWS


alt

 

KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Pertanaian dan Perindustrian Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri tidak perlu ditempelak ekoran pemain industri Cina merupakan golongan yang mengawal harga dalam pasaran negara.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Mokhtar Radin berkata, perkara tersebut merupakan fakta dimana peniaga Cina enggan menurunkan harga barang sungguhpun harga minyak sudah menunjukkan penurunan.

"DAP dan MCA tidak seharusnya melihat kenyataan Menteri Pertanian sebagai rasis. Ini adalah fakta. Peniaga Cina enggan menurunkan harga barang," katanya menerusi tweet beliau.

Bung berkata demikian sebagai respon kepada Ismail yang menyatakan harga barangan di pasaran kekal tinggi ekoran pemborong Cina tidak mengurangkan harga kepada penjual selepas kejatuhan harga minyak.

Tiada ulasan: