Selasa, 3 Februari 2015

MCA Bodoh, Biadap - Bekas Pemuda UMNO

RAKYATNEWS


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon, Bekas Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Zulkifli Alwi
 
 
 
KUALA LUMPUR - Rakan-rakan seperjuangan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kecaman daripada Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon dalam menghadapi isu memboikot peniaga yang tidak menurunkan harga barangan selepas harga minyak telah turun adalah tindakan bodoh.
 
Bekas Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Zulkifli Alwi berkata, Chong tidak sepatutnya mengecam kenyataan Ismail Sabri memandangkan kenyataan yang dibuat itu khas untuk membela nasib rakyat.
 
"Kami menganggap kenyataan-kenyataan ini sebagai bodoh, biadap dan tersasar.
 
"Bodoh kerana kenyataan Ismail Sabri tersebut bertujuan membela nasib rakyat terbanyak dalam soal harga barangan yang seharusnya diturunkan sejajar dengan pengurangan harga minyak.
 
"Kami bukan sahaja kesal tetapi berasa amat marah terhadap kenyataan berbaur kecaman yang dilemparkan terhadap Ismail Sabri khususnya para pemimpin parti MCA termasuk ketua pemudanya," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
 
Zulkifli menjelaskan, tindakan Chong yang mempersoalkan kesesuaian Ismail Sabri selaku ahli jemaah menteri juga merupakan sesuatu yang sangat biadap dan ianya mengguris perasaan ahli-ahli Umno di peringkat akar umbi.
 
Katanya, kenyataan Chong itu merupakan suatu tindakan yang lebih chauvinist daripada parti-parti pembangkang.
 
"Perlantikan Menteri adalah hak Perdana Menteri, siapa dan apa hak Pemuda MCA untuk mempertikaikannya.
 
"Parti MCA yang survival politik kepimpinannya hari ini terlampau benyak bergantung ehsan penyokong dan pemimpin parti Umno serta orang-orang melayu.
 
"Maka kami tidak dapat menerima bagaimana Pemuda MCA tergamak senada dan seirama pula denga parti pembangkang," ujarnya.
 
Chong dalam kenyataannya membidas kenyataan Ismail Sabri dengan menyatakan untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ahli Parlimen Bera itu hanya membuat kenyataan peribadi dan bukan pendirian Kabinet serta BN.
 
Ismail Sabri sebelum ini menegaskan kenyataan berkaitan isu boikot itu bukan ditujukan kepada semua kaum Cina tetapi kepada pemborong dan peniaga Cina yang masih tidak mahu menurunkan harga walaupun harga minyak telah turun.

Tiada ulasan: