MALAYSIAKINI
Bosan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), Presiden MIC Datuk G Palanivel
sedang menimbang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap dakwaan
"ketidakadilan" badan kerajaan itu ke atas partinya.
Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Palanivel berkata mereka
akan ke mahkamah melainkan jika ROS tidak menarik balik semua surat
bertarikh 5 Disember 2014, 31 Disember 2014 dan 6 Februari 2015.
Katanya, ROS perlu berbuat demikian sebelum pukul 5 petang hari Selasa
(17 Februari), dan menerima cadangan penyelesaian seperti yang
dinyatakan dalam suratnya yang bertarikh 5 Februari.
Menurutnya lagi, tindakan ROS yang didakwanya memudaratkan dan menyalahi undang-undang perlu dihentikan serta-merta.
Minggu lepas, ROS mengeluarkan surat mengarahkan MIC mengadakan
pemilihan semula bagi semua cawangan itu, sayap, bahagian dan kepimpinan
pusat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan