MALAYSIAKINI
Datuk Seri Najib
Tun Razak usahlah gelisah kerana hanya yang makan cili sahaja yang
terasa pedasnya, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sebagai
mengulas kenyataan Najib semalam yang menganggap sebagai ‘mengarut’ kenyataan Sirul Azhar Omar yang mendakwa dia bertindak atas arahan.
Mahfuz (kiri)
berkata, Sirul tidak menamakan mana-mana individu yang memberinya
arahan berhubung kes pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu.
Oleh itu, Mahfuz yang juga ahli Parlimen Sena berkata, kenyataan Najib itu sungguh menghairankan.
“Kenapa mengarut? Siapa yang mengarut? Sirul yang mengarut atau PM yang mengarut.
“Sungguh
menghairankan kerana Sirul tidaklah menyebut mahupun mengaitkan PM
dengan dakwaan dia “hanya menjalankan arahan” dalam kes pembunuhan
Altantuya, jadi mengapa pula PM memberi respon sedemikian rupa,” katanya
dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tak perlu bawa Sirul pulang
Menurut
Mahfuz lagi, siasatan berhubung kes itu tidak perlu membawa Sirul
pulang ke Malaysia kerana sebelum ini bekas tahanan ISA, Yazid Sufaat disoal siasat oleh badan perisikan FBI kerana didakwa menganggotai Al-Qaeda.
“Siasatan
boleh dibuat di Australia sepertimana Malaysia pernah beri peluang
kepada FBI untuk buat siasatan di Malaysia, Yazid Sufaat sewaktu ditahan
ISA," katanya.
MP Pokok Sena itu berkata tidak adil jika Sirul
dibawa pulang ke Malaysia untuk siasatan sedangkan beliau telah
dijatuhkan hukuman gantung sampai mati dan sekiranya dibawa pulang kes
ini akan ditutup.
Sebaliknya, kata Mahfuz, sewajarnya pihak polis dihantar ke Australia untuk membuat siasatan.
Sementara
itu, Mahfuz berkata dokumen dan pasport ibu dan adik perempuan Sirul
telah disiapkan cuma masih menunggu kelulusan visa daripada kedutaan
Australia.
Beliau berkata pihaknya akan pergi ke negara itu
seramai lima orang selama seminggu dan tarikh perjalanan akan
dimaklumkan kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan