Sekarang isu Anwar pernah di
tawarkan menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib dengan tambahan 4 kerusi
kabinet bagi membentuk kerajaan camporan atau apa-apa yang hendak dinamakan
kerajaan itu jika ia benar-benar terjadi. Nurul Izzah, Naib Presiden PKR telah
membuka isu ini di Permatang Pauh minggu lepas dan ia mendapat reaksi yang agak
panas terutamanya dari pemimpin senior UMNO. Di antara yang menyangkal
perjanjian rahsia ini ialah Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan
Ahli Jemaah Kabinet yang termuda dalam kerajaan Malaysia itu.
Dimana Nurul tahu tentang
perjanjian rahsia itu, tentulah ia diberitahu oleh bapanya mungkin sewaktu
makan atau wakrtu sarapan pagi kerana mereka adalah dalam satu keluarga. Lagi
pula itu adalah rahsia diantara bapa dengan seorang anaknya dan bukannya dengan
pemimpin atau ahli-ahli partinya. Tentulah bapa akan memberikan anaknya segala
apa yang beliau lakukan samada secara terangan atau secara gelapnya.
Tetapi di antara Najib dengan
Khairy atau pemimpin UMNO tertinggi yang lain, ia tidak seperti perhubungan
di antara Anwar dan Nurul. Khairy bukan ahli keluarganya dan tentulah banyak
yang Najib lakukan tidak akan diberitahu kepada pemimpin UMNO terutamanya
Ahli-Ahli Jemaah Kabinetnya.
Saya tidak terkejut apa yang di
sebut oleh Nurul Izzah itu benar kerana yang berunding ini ialah Anwar.
Memanglah Anwar berkemampuan untuk melakukan perkara seperti ini kerana beliau
pandai bercakap lain dengan pemimpin-pemimpin partinya dengan apa yang beliau
lakukan. Depan lain, dibelakang lain.
Begitu jugalah Najib. Najib tidak
akan memberitahu apa yang beliau rundingkan secara senyap dengan
pemimpin-pemimpin UMNO dan perbuatannya itu pernah di buka rahsianya oleh Naib
Presiden Indonesia,
Yusuf Kalla.
Bagaimana seseorang itu menafikan
berlakunya perjanjian rahsia yang mereka tidak pun tahu ia berlaku? Kita tidak
terkejut kerana Najib sedang menghadapi masalah krisis keyakinan dan beliau
tidak mendapat sokongan kuat dari Ahli-Ahli Kabinetnya secara kuat serta
mempunyai tekanan dari dalam partinya sendiri.
Najib mahu melakukan apa sahaja
asalkan beliau mendapat sambungan kepada tali hayat politiknya walaupun dari
mereka yang bertentangan politik dengan beliau. Disebaliknya Anwar pun dalam
keadaan desperado untuk menjadi PM negara ini. Kerjasama beliau dengan PAS mahu
pun DAP merupakan kerjasama sementara beliau mendapat apa yang beliau hajati,
dan beliau pun diperguna oleh parti-parti dalam PKR bagi mereka mendapat
sokongan tambahan untuk terus menguasai sokongan dari rakyat yang tidak berkeyakinan
dengan BN lagi.
Saya yakin dengan apa yang
diperkatakan oleh Nurul Izzah itu dan perjanjian rahsia tidak boleh dinafikan
oleh mereka yang tidak ada dalam perundingan itu. Ini politik Malaysia. Lagi pun sememangnya kita
mempunyai slogan ‘the endless possibilities’ dan semuanya ini adalah ‘possible’
untuk berlaku.
Hanya yang terlajak kesana kemari ialah penyokong masing-masing. Penyokong Anwar begitu tegar membenci Najib dan Anwar mengarak mereka kehulu kehilir untuk berdemonstrasi tanpa mereka mengetahui yang Anwar dalam senyap-senyap telah bertemu dan berbincang dengan Najib. Anwar sememangnya dari dulu seorang yang ‘politically flirtatious’ yang tiada batasnya. Tetapi ini tidak difahami oleh mereka yang baru hendak bercakap tentang politik atau mendekati politik negara. Bagi yang lama-lama memahaminya dengan baik. Bak kata orang jauh perjalanan banyak pengalaman.
Oleh kerana perjumpaan rahsia itu
terbongkar maka ia tidak dapat terlaksana kerana masing-masing terlalu takut
dengan penyokong masing-masing kerana ia belum sempat hendak di muktamadkan.
Jika ia sempat dimuktamadkan
bagaimakah kedudukan mereka dalam UMNO dan Pakatan Rakyat itu? Kata orang lulus
jarum lulus kelendan. Jika Anwar berjaya memenuhi dan melaksanakan apa-apa yang
beliau janjikan kepada Najib, bagaimana dengan pimpinan dalam DAP dan PAS? Atau
reaksi pemimpin-pemimpin PKR yang telah berpeluh dan berkeringat menentang
Najib?
Oleh kerana keadaan sudah berubah
elok tidak disebut lagi apa-apa perjanjian sulit di antara kedua-dua Najib dan
Anwar itu, kerana tidak semestinya sentiasa mendapat apa yang kita hajati.
Anwar kini sedang menjalankan
hukuman di penjara setelah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bersalah dalam
isu sodomi2. Najib pula sedang berhadapan dengan masalah peribadi dan
kepimpinannya yang sangat serius.
Najib sedang menghampiri
persimpangan. Nak terus memimpin pun bermasalah, hendak bersara pun mempunyai
masalah. Seperti juga Anwar, Najib menghadapi banyak masalah kerana sikap dan
kesalahan mereka sendiri.
Masing-masing pandai-pandailah
mencari dan penyelesaian masalah masing-masing. Sesungguhnya mencari masalah
itu mudah tetapi mencari penyelesaiannya memerlukan usaha yang tidak ada tolok
banding susahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan