Oleh: AFEEQA AFEERA
SUBANG JAYA : Pesanan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim supaya Selangor perlu terus maju ke hadapan akan dijadikan
pegangan dalam urusan pentadbiran di negeri itu.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata pihaknya akan terus
memastikan sistem penyampaian dan kualiti kerja dilakukan sebaik mungkin
bagi mencapai kemajuan yang positif.
“Kita
harus bergerak ke hadapan, sebab itu pesanan Anwar dua hari sebelum
(dipenjara) supaya Selangor terus maju dan memastikan sistem penyampaian
serta kerja kita diteruskan.
“Hari ini terbukti bagaimana pelabur asing segera berminat untuk
terus melabur di Selangor dan ia menunjukkan kemajuan yang cukup
positif,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Upacara Menandatangani
Perjanjian Antara Perspektif Masa Sdn. Bhd. & China Railway
Engineering Sdn. Bhd. dan Upacara Menandatangani Perjanjian Pinjaman
Antara MBSB & CREC di Grand Dorsett, hari ini.
Mohamed Azmin berkata Anwar turut memberikan pesanan kepada pemimpin
dan anggota PKR supaya meneruskan perjuangan dan tindak gundah terhadap
kezaliman yang berlaku terhadapnya.
“Ini sebenarnya memberikan dorongan dan rangsangan kepada pimpinan
bahawa kalau beliau (Anwar) boleh bersedia untuk dipenjarakan, maka
sudah tentu kami di luar ini perlu memainkan peranan lebih besar untuk
meneruskan perjuangan.
“Malah perkara ini disepakati semua pihak dan malam tadi kita ada
mesyuarat tergempar PKR meneliti beberapa langkah yang akan diambil,”
katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan