Rabu, 11 Februari 2015

Kes Anwar fokus utama media nasional & antarabangsa

Oleh: NORHAYATI UMOR


SHAH ALAM: Kes Fitnah 2 yang membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat liputan meluas di dada-dada akhbar dalam dan luar negara.

Selain akhbar Malaysia, akhbar Kompas Indonesia mengeluarkan satu artikel dengan tajuk “Kasasi Putusan yang Ditolak, Anwar Ibrahim Akan Kembali Dipenjarakan” Rayuan Ditolak, Anwar Ibrahim Kembali ke Penjara).

20150211_103010

Manakala Singapura, The Straits Times melaporkan “Ketua Pembangkang Malaysia Anwar didapati bersalah dalam kes Liwat II ; hukuman penjara 5 tahun mengekalkan”.

Artikel itu juga dipaparkan satu album foto khas Anwar di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Di Amerika Syarikat, The Washington Post menerbitkan suatu artikel “AS sangat kecewa dengan kes Anwar di Malaysia”.

The New York Times juga melaporkan “kes Liwat mensabitkan Ketua Pembangkang Malaysia di penjara,”.

BBC

Selain itu, portal BBC melaporkan penahanan Anwar dan juga penahanan kartunis Zunar yang ditahan ekoran mengkritik keputusan mahkamah melalui laman makro Twitter.

Manakala CNN pula dengan berita ‘Malaysian court upholds sodomy conviction’.

Anwar Ibrahim semalam dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kes Fitnah 2 yang membabitkan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tujuh tahun lalu oleh Mahkamah Persekutuan.

Di laman makro Twitter, mencecah 27,000 twit oleh 12,000 pengguna laman sosial itu sekaligus menjadikan angka kedua tertinggi dalam sejarah twit beliau.

Pada 5 Mei 3013 sebanyak 32,000 twit oleh 21,000 pengguna pada Pilihanraya Umum ke 13.
7 Mac 2014, 24,000 twit oleh 11,000 pengguna dalam kes mahkamah.

6 Mei 2013: 24 ribu twit oleh 15 ribu pengguna ketika Pilihanraya Umum ke 13.EZY

Tiada ulasan: