Selasa, 10 Februari 2015

Azizah: Dia masuk penjara bermaruah

MALAYSIAKINI


 


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah menyifatkan hukuman penjara kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai “pengorbanan kepada masa depan negara”.

Azizah yang ditemubual pemberita selepas Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun kepada Anwar, berkata keluarganya sekarang mengharapkan “kekuatan rakyat”.

“Apa yang Anwar kata, sentiasa kuat, inilah pengorbanan kepada masa depan negara.

“Anwar kata, mereka boleh penjarakan dia, tapi dia akan masuk penjara dengan bermaruah.

“Kita akan sabar melalui keadaan ini. Kami ada air mata,” katanya.

Azizah berkata, sebarang keputusan mengenai tindakan seterusnya dan siapa ketua pembangkang baru akan diputuskan secara sebulat suara selepas ini.

Sementara itu, anak sulungnya, Nurul Izzah berkata keluarganya kini menyerahkan perkara itu kepada “mahkamah rakyat”.

“(Ia) sehingga rakyat menggulingkan kerajaan secara aman – melalui pilihan raya.

“Ya, kami sedih, kami hancur, tetapi kami akan teruskan perjuangan,” katanya.

Tiada ulasan: