MALAYSIAKINI
Calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan
Ibrahim yakin bahawa masalah dalaman yang melanda parti itu ketika ini,
tidak akan menjejaskan sokongan pengundi di kawasan itu kepada PAS .
Walaupun perkara itu kini hangat diperkatakan, namun beliau percaya ia
sedikit pun tidak memberi kesan terhadap penduduk di kawasan itu.
Menurutnya
lagi, krisis Pakatan Rakyat berhubung pemilihan menteri besar Selangor
juga tidak menjadi isu memandangkan penduduk tempatan "tidak ambil
kisah" dengan apa yang berlaku di luar Pengkalan Kubor.
"Isu dalaman (PAS) tidak akan jejas pengundi. Isu dalaman hanya (berlaku di peringkat) dalaman. Lagipun penduduk tak kisah.
"Tak ada. Tak jejas. Semasa kempen pun di peringkat akar umbi mereka tak
ada sentuh isu itu (MB Selangor). Yang di Selangor, di Selangorlah. Di
Pengkalan Kubor yang penting rakyat Pengkalan Kuborlah," katanya ketika
ditemubual Malaysiakini hari ini.
Selain itu, Wan Rosdi yang mesra dipanggil Abe Di berkata, beliau juga
yakin mampu merampas kerus itu dari BN, memandangkan beliau telah lama
berkhidmat sebagai penyelia DUN Pengkalan Kubor sejak 2009.
Menjawab soalan, setiausaha PAS kawasan Tumpat itu berkata, tidak
menjadi masalah baginya untuk berdepan dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail
serta calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
Ini kerana, Wan Rosdi berpendapat beliau telah lama mendekati rakyat kawasan itu sebelum diumumkan menjadi calon.
Malah, beliau berkata, walaupun tidak berkempen secara besar-besaran,
perkara yang menjadi keutamaannya ialah mendekati penduduk setempat
melalui pelaksanaan negeri berkebajikan.
"Saya meneruskan agenda sedia ada. Iaitu agenda negeri berkebajikan
dengan menemui seluruh rakyat dan akan ketengahkan porgram kebajikan
tanpa mengira petani atau nelayan. Strategi utama ialah mendekati rakyat
"Kita lawan dengan kerajaan pusat. Mereka dapat bantuan dari menteri-menteri. PAS kini berlawan dengan kerajaan Malaysia.
"Saya rasa tak nampak sangat (saingan yang sukar) sebab calon Bebas pada
pilihan raya umum ke-13 dulu dia tak dapat undi yang besar. Saya juga
tak rasa (berdepan dengan) cabaran yang besar dalam PRK ini. Inya-Allah
(menang) sebab saya telah bertugas di DUN ini sejak 2009 lagi dan telah
menemui rakyat di seluruh kampung," katanya.
Mengenai isu perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan, Wan Rosdi berkata,
perkara itu tidak berbangkit memandangkan pihak kerajaan negeri sentiasa
memberi penerangan berhubung undang-undang Islam tersebut kepada
masyarakat bukan Islam.
Katanya, rata-rata masyarakat Islam setempat faham tentang perlaksanaan undang-undang itu. l
"Isu hudud daripada dulu hingga sekarang kita akan sentiasa bawa. Bagi
rakyat Pengkalan Kubor khususnya orang Islam, mereka tahu (tentang
hudud) sebab di sini banyak pondok pengajian agama. Jadi mereka tahu
tentang hukum hakam.
"Kalau yang bukan Islam, kita sentiasa beri penerangan tentang hudud
bahawa ia untuk orang Islam. Orang bukan Islam tak ada masalah kerana
hudud untuk orang Islam sahaja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan