Khamis, 18 September 2014

Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan


Kabel dasar laut sedang dibaiki, internet perlahan
 
 
 
SHAH ALAM – Pengguna perkhidmatan jalur lebar Telekom Malaysia (TM) yang mengalami gangguan semasa melayari internet sejak semalam mungkin terpaksa menunggu seketika sementara sistem teknikal pihaknya dibaik pulih.

Laman mikro Twitter Telekom Malaysia (TM) @TMConnect yang turut mengesahkan kenyataan tersebut berkata, masalah itu oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG (Asia America Gateway).

“Kami mengalami sedikit kesulitan melibatkan penghantaran dan penerimaan trafik data daripada dan kepada  Amerika Syarikat (AS) yang disebabkan oleh kerosakan pada kabel dasar laut AAG.

“Masalah berkenaan sedang diatasi, dan kerja membaik pulih kabel AAG tersebut sedang  dilakukan.Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan daripada pihak kami,” katanya seperti yang dipetik melalui laman rasmi Twitter TM.

Kabel dasar laut AAG menghubungkan pengguna Asia kepada ke pelayar (server) yang berpusat di Amerika Syarikat (AS).

Perkhidmatan pesanan seperti Whatsapp juga dijangka terganggu.

Menurut beberapa kemaskini (update) oleh @TMConnects pihaknya juga berusaha untuk mempercepatkan proses baik pulih yang kini sedang giat dijalankan.

Tiada ulasan: