TUMPAT: Sebanyak 109 anggota polis yang berdaftar sebagai pengundi awal
bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor akan
menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih calon pada pilihan raya
kecil (PRK) kawasan itu Ahad ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh
berkata, mereka akan mengundi di Pusat Pengundian Awal di Dewan Delima,
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.
Katanya, pusat pengundian awal itu dibuka dari pukul 8 pagi hingga pukul 3 petang pada hari berkenaan.
``Pengundian awal ini dibuat lima hari lebih awal daripada hari
pengundian biasa dan proses pengundian itu adalah mengikut kaedah
pengundian biasa dengan dikendalikan oleh petugas SPR,'' katanya dalam
kenyataan media di sini, hari ini.
Abdul Ghani berkata daftar pemilih yang digunakan untuk PRK itu adalah
Daftar Pemilih Induk (DPI) 2013 dan digabungkan dengan Daftar Pemilih
Tambahan Suku Pertama Tahun 2014 yang telah dikemas kini sehingga 20
Ogos 2014.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan