Tok Guru Nik Aziz mempersoalkan kenapa Sarawak dapat royalti minyak, Sabah pun dapat. Begitu juga Terengganu. Kenapa Kelantan ada JPP (Jabatan Penyelaras Persekutuan) sedangkan rakyat Kelantan ada kerajaannya. Kenapa JPP wujud untuk memberikan wang ehsan kepada rakyat Kelantan. Jika royalti minyak diberikan mengikut perjanjian dahulu, orang Kelantan tidak payah diberikan wang ehsan.
Perjanjian pada 1975 dahulu jelas
Kelantan mempunyai hak sebanyak 5 peratus dari hasil jualan minyak yang keluar
dalam perairan Kelantan berdasarkan kepada harga F.O.B sebanyak dua kali setahun,
setiap awal bulan Mac dan bulan Septembar secara tunai. Wang royalti itu
sepatutnya dibayar kepada kerajaan pilihan rakyat Kelantan.
TGNA berkata tindakan Kerajaan Pusat itu tidak berkat dan berdosa di dunia dan akhirat. Kata-kata Nik Aziz ini
betul dan benar, tetapi salahnya beliau mencari sasaran yang salah dalam
menyebut dunia dan akhirat tadi. Mana UMNO faham apa yang TGNA cakap itu. Mana
UMNO berfikir tentang dunia dan akhirat ini?
Bagi UMNO dunia pun tidak ada, akhirat pun tidak ada. Bagi mereka ‘at all costs’ kuasa mesti dipertahankan,
tanpa mengira hal moral dan agamanya, maka manakan mereka sensitif jika TGNA
menyebut tentang dunia dan akhirat itu?
Mereka tahu yang mereka (Kerajaan
Persekutuan) mempunyai tanggungjawab untuk memenuhi janji-janji itu tetapi
mereka sengaja tidak mahu memenuhi tuntutan itu kerana rakyat Kelantan
memberikan sokongan kepada PAS. Dalam perjanjian itu tidak disebut samada
pembayaran royalti itu hanya kepada kerajaan yang dikuasai oleh UMNO.
Satu lagi perkara yang rakyat
perlu tahu semua negeri-negeri dalam Persekutuan kita ini mempunyai perjanjian
yang sama walaupun negeri-negeri tersebut belum menghasilkan minyak. Perjanjian
yang sama ditandatangani diantara Petronas dengan Negeri Selangor, Negri
Sembilan, Johor dan lain-lain negeri dalam Persekutuan ini.
Perjanjian itu bukan setakat
diperairan negeri-negeri tetapi ia juga termasuk minyak yang dijumpai di
daratan. Maknanya jika suatu hari nanti terjumpa minyak di Bahau misalnya,
Petronas wajib membayar royalti itu kepada kerajaan Negeri Sembilan kerana
perjanjian itu sudah tersedia ditandatangani dengan semua negeri pada tahun 1975 yang lalu.
Tetapi Kerajaan Pusat memilih
untuk tidak mahu memenuhi tuntutan oleh Negeri Kelantan kerana negeri itu
adalah negeri yang dikuasai oleh PAS.
Oleh yang demikian kata-kata TGNA itu betul dan benar, tetapi mereka di Putrajaya itu ambil pedulikah
tentang dunia dan akhirat ini? Jawabnya tidak!!
Justeru TGNA hanya membuang tenaga
menyebut perkara yang tidak mahu difahami atau dipedulikan oleh Putrajaya.
Putrajaya hanya perlukan kuasa dan menggunakan kuasa itu dengan
sewenang-wenangnya.
Saya percaya pemimpin-pemimpin
Persekutuan di Putrajaya tidak tersentuh pun hati dan jiwa mereka apabila TGNA
menyebut tentang pembalasan di akhirat itu. TGNA hanya membuang tenaga dan masa
secara percuma sahaja menyebut isu dunia akhirat itu. kepada Putrajaya.
Mereka tidak tahu apa yang akan
dihadapi diakhirat nanti kerana mereka belum sampai lagi ke akhirat. Apabila
sudah sampai nanti baru lah mereka tahu. Pendeknya semua akan tahu tentang
dunia akhirat ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan