Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan
KOTA
TINGGI - Kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu
golongan ulama menaiktaraf prestasi mereka perlu dijadikan sebagai
peringatan.
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, ini kerana sikap tersebut merupakan kriteria utama bagi seseorang ulama.
"Memang menjadi sifat dan kriteria ulama sentiasa mengikuti perkembangan dan ke depan dalam apa juga isu. Kalau setakat diam itu bukan sifat ulama.
"Dalam Pas, golongan ulama memang aktif dan progresif berdepan cabaran. Jadi jika ada yang mencetuskan perkara ini, saya anggap ia sebagai peringatan," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Muktamar Pemuda Pas ke-55, di sini, hari ini.
Sementara itu, mengulas isu Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma), beliau berkata, tidak wajar sekiranya penubuhan NGO berkenaan sekadar mahu memecahbelahkan Pas.
"Tidak salah sertai NGO tapi salah jika agendanya mahu huru-harakan parti. Ada yang kata Pasma bertujuan menolak kepimpinan Pas sedia ada.
"Jika itu tujuannnya, gunakan medium seperti pemilihan parti. Bukan tubuhkan NGO begini, " katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan