Ahad, 21 September 2014

Rakyat S'pura masuki JB demi filem 'haram'

MALAYSIAKINI


 


Ramai rakyat Singapura kini memasuki Malaysia untuk menonton sebuah filem yang diharamkan di negara mereka.

Kira-kira orang rakyat republik itu pada Jumaat memasuki Johor Bahru untuk menonton filem To Singapore, with Love dalam acara anjuran Freedom Film Festival 2014 di Johor Bahru, lapor The Online Citizen.

Dokumentari 70 minit berkaitan orang buangan politik Singapura oleh Tan Pin Pin itu mendapat status “tidak dibenarkan tayang” (NAR) daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Media (MDA) Singapura pada 10 September.

MDA mendakwa, subjek filem itu tidak menggambarkan keadaan sebenar.

Pengharaman filem itu mengundang bantahan rakyat Singapura.

Ramai yang memperolok-olokkan alasan diberikan MDA, iaitu demi “keselamatan negara”.

Tiada ulasan: