MALAYSIAKINI
PAS mendakwa tindakan kerajaan Persekutuan mengadakan persetujuan
bersama Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) berhubung pemberian 50
peratus wang ehsan sebagai menghina mahkamah.
Penasihat jentera pilihan raya kecil PAS Pengkalan Kubor Datuk
Takiyuddin Hassan mempersoalkan bagaimana persetujuan itu boleh dicapai
walaupun kes itu masih dibicarakan di mahkamah.
"Mahkamah
belum putuskan lagi soal tiga batu nautika, itu pun belum diputuskan
mahkamah. Saya salah seorang peguam yang hadir bagi kes ini.
"Kes ini dalam mahkamah. Tuntutan (masih) dalam mahkamah. Boleh ke
kerajaan pusat mengatasi mahkamah? Ini penghinaan mahkamah," katanya
pada sidang media di markas PAS DUN Pengkalan Kubor hari ini.
Bagaimanapun, Takiyuddin yang juga MP Kota Bharu wang ehsan sebanyak 50
peratus akan tetap diterima walaupun kes tuntutan royalti minyak masih
dibicaralan di mahkamah.
“Persoalan (pembahagian 50 peratus) tak timbul walaupun diberi atau
diterima oleh MAIK," kata pengarah operasi pilihan raya PAS Kelantan.
"Kalau hendak bagi (wang ehsan) boleh, tetapi ini bukan penyelesaian
tuntutan dari kerajaan Kelantan terhadap Petronas dan kerajaan Pusat,”
katanya lagi.
Bukan penyelesaian
Sebelum ini, Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu
satu persetujuan telah dicapai antara Jabatan Pembangunan Persekutuan
(JPP) dan MAIK untuk membahagikan wang ehsan negeri itu secara 50-50
bermula Januari tahun depan..
Mengulas
mengenai dokumen laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Tuntutan Kelantan
terhadap royalti minyak yang didakwa akan didedahkan oleh Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Takiyuddin berkata ia bukan
penyelesaian bagi kes tuntutan royalti.
Malah, pengamal undang-undang itu menegaskan, kes tuntutan itu tidak
akan ditarik balik walaupun wang ehsan atau perbincangan daripada wakil
kerajaan negeri dan Persekutuan telah dibuat.
“Memang ada wakil kerajaan negeri iaitu Tengku Mahkota Kelantan. Itu
satu siri perbincangan antara kerajaan Pusat dan negeri, belum habis
lagi.
"Pengerusi atau wakil ini akan bentang kepada kerajaan negeri dan
tuntutan di mahkamah tetap diteruskan. Ini bukan penyelesaian kes.
“Bukan kata kita dapat 50 peratus kita tarik balik kes di mahkamah,
tidak. Tidak ada kena mengena langsung. Dia hendak bagi itu isu lain,”
katanya lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan