Rabu, 18 Jun 2014

Tongkang karam di perairan Banting, 66 hilang

MALAYSIAKINI



 


Sehingga 66 warga asing hilang selepas sebuah tongkang yang mereka naiki karam di perairan Sungai Air Hitam, di Banting, sejurus selepas tengah malam tadi.

Anggota jambatan bomba dan penyelamat Banting yang tiba di tempat kejadian setengah jam selepas panggilan kecemasan diterima pada jam 12.24 tengah malam, berjaya menyelamatkan 31daripada 97 penumpang.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mencari penumpang lain.

Satu laporan Reuters menyatakan bahawa penumpang terbabit dipercayai warga Indonesia, dengan memetik agensi maritim kerajaan.

Tiada ulasan: