Isnin, 9 Jun 2014

The Malaysian Insider bertukar pemilik

MALAYSIAKINI


 


The Edge Media Group mengumumkan syarikat tersebut mengambil alih portal berita The Malaysian Insider bagi meningkatkan penampilannya dalam bidang media digital di Malaysia.

Penerbit dan juga ketua pegawai eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat berkata, langkah itu akan memberi peluang untuk mempelbagaikan platform medianya.

“Sebagai sebuah kumpulan media serantau yang bersepadu, kami sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan platform media dan kami gembira kerana memiliki The Malaysian Insider sebagai sebahagian daripada portfolio kami," katanya.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas sama ada sidang redaksi The Malaysian Insider akan digabungkan dengan redaksi FZ.com, yang turut menumpukan bidang laporan sama.

The Edge mengeluarkan kenyataan tersebut susulan pengumuman ketua pengarang portal tersebut, Jahabar Sadiq melalui Twitter pagi ini.

Tiada ulasan: