MALAYSIAKINI
Portal berita Free Malaysia Today (FMT), yang berusia empat tahun,
dilanda peletakan jawatan kakitangannya, termasuk ketua pengarangnya, K
Kabilan.
Malaysiakini difahamkan bahawa peletakan jawatan berpunca
daripada perbezaan pendapat antara pihak editorial dan pengurusan
tingginya berkaitan pelbagai isu.
Sumber-sumber mendakwa bahawa lebih 10 editor dan wartawan akan akan
berhenti, meninggalkan hanya tiga hingga empat kakitangan untuk
mengendalikan portal tersebut.
Ia juga didakwa bahawa pihak pengurusan tidak membuat caruman kepada
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk kakitangannya selama
beberapa bulan.
Bagaimanapun, sumber-sumber itu berkata pihak pengurusan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu.
Ketika
dihubungi untuk mendapatkan komen, Kabilan (kiri) mengesahkan beliau
telah meletak jawatan tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.
Sementara itu, peletakan jawatan beramai-ramai itu juga dilaporkan di
blog Uppercaise, yang dikendalikan oleh wartawan veteran Gobind Rudra.
Blog itu mendakwa peletakan jawatan itu adalah ekoran masalah dalaman.
Menurutnya, desas-desus mengatakan portal berita itu akan menjadi lebih mesra BN, yang menyimpang daripada pendirian semasanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan