MALAYSIAKINI
Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa
Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh
Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain
tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan,
makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di
Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi
pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan
dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?
Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada
bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi
tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan
seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu.
Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali).
Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga
Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu
Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan
Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses
istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.
Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi
pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai
aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan
lain-lain.
Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan
bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal
ini sudah pasti diperlukan
Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang
membabitkan isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa
Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan
yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga
alkohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada
kesan:
Fatwa (34)
Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the
letter "E" and a string of numbers. We were told that this denotes items
manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what
is the Shari'a ruling on such foods?
A) The items which carry the letter "E" and a string of numbers are
additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either
preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are
divided into four groups according to their origin:
First: compounds of artificial chemical origin.
Second: compounds of vegetal origin.
Third: compounds of animal origin.
Fourth: compounds dissolved in alcohol.
The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.
The third group is also Halal, because the animal origin does not
remain the same during the process of manufacturing. In fact it is
transformed radically from its original form to a new clean and pure
form through a process called "chemical transformation". This
transformation also affects the legal ruling on such ingredients.
Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical
transformation changed it to another ingredient which requires a new
ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar,
then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to
the nature of the new product, which is Halal.
As for the fourth group, these items are usually colourings and are
normally used in extremely small quantities which dissolves in the final
product form, which deems it an excused matter.
Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients
remains Halal and permissible for the Muslim's consumption. We must
also remember that our religion is a religion of ease and that we have
been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover,
searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or
His Messenger (ppbuh) ordered us to do.
Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut:
Profesor Yusuf Al-Qaradawi, Presiden ECFR (Mesir, Qatar)
Yang Arif Sheikh Faisal Maulawi, naib presiden (Lebanon)
Sheikh Hussein Mohammed Halawa, setiausaha agung (Ireland)
Sheikh Dr Ahmad Jaballah (Perancis)
Sheikh Dr Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
Ustaz Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
Sheikh Ounis Qurqah (Perancis)
Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
Sheikh Dr Abdullah Ibn Bayya (Arab Saudi)
Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Sepamyol)
Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
Sheikh Abdullah Yusuf Al-Judai (UK)
Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
Sheikh Abdullah Sulayman Al-Manee’ (Arab Saudi)
Sheikh Dr Abdul Sattar Abu Ghudda (Arab Saudi)
Sheikh Dr Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (Perancis)
Sheikh Dr Issam Al-Bashir (Sudan)
Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
Sheikh Dr Suhaib Hasan Ahmed (UK)
Sheikh Tahir Mahdi (Perancis)
Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
Sheikh Muhammed Siddique (Jerman)
Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
Sheikh Dr Muhammed Al-Hawari (Jerman)
Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
Sheikh Dr Mustafa Ciric (Bosnia)
Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Jerman)
Sheikh Dr Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Arab Saudi)
Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)
Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka
kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu
benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak.
Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam
soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masa kini berfatwa
berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka.
Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for
Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab
dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council
dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah
berlaku istihalah.
Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi
gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu
perkara yang syubhah.
Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke
peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya.
Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain
yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum,
perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui
keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah.
Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi
yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang
diyakininya.
Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya
mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal
wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat
menggalakkan industri halal.
Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna.
Kelemahan industri umat Islam adalah punca berleluasanya bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.
DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan