Selasa, 10 Jun 2014

Peruntukan ditambah semarak promosi Tahun Melawat Selangor 2015

Oleh: NAZLI IBRAHIM


SHAH ALAM: Peruntukkan belanjawan bagi sektor pelancongan di Selangor dijangka ditambah kepada RM4 juta tahun hadapan bagi meningkatkan industri pelancongan negeri itu.

Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, ini berikutan keperluan bagi menampung aktiviti mempromosi destinasi pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2015.

Bandar Shah Alam“Selangor ada banyak potensi pelancongan alam sekitar dan pertanian, kita harap pada masa hadapan kita dapat membuka lagi atau menambahbaik tapak pelancongan khasnya dalam pelancongan alam sekitar dan pertanian.

Elizabeth berkata demikian dalam sidang media Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam di Dewan Annex, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kata Elizabeth, peruntukan tambahan itu hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Exco pada Oktober nanti.

Elizabeth turut menjangka sektor pelancongan akan membantu meningkatkan KDNK negeri Selangor.

Sementara itu Forum Pembangunan Mampan dan Mesra Alam Negeri Selangor yang diadakan sempena Hari Alam Sekitar Dunia pada 5 Jun lalu menampilkan beberapa tokoh alam sekitar dan warisan dalam dan luar negara sebagai panelis.

Antaranya perintis pemuliharaan warisan dan kurator terkenal iaitu Setiausaha Agung Institut Pengurusan Sumber Sejarah Taiwan, Alice Ru Hwa Chiu; Naib Presiden Pencinta Alam Malaysia, Profesor Dr Ahmad Ismail dan Pegawai Kanan Program Hutan dan Tanah Gambut, Nagarajan Rengasamy.

Turut ditampilkan dalam forum itu, Editor Pengurusan Majalah Santai Travel, Azlie Halim dan Pengerusi Persatuan Belia Perubahan Iklim, Adrian Yeo yang juga bertindak sebagai moderator.
EZY

Tiada ulasan: