Isnin, 23 Jun 2014

Penyokong Himpunan Hijau 'diserang'

MALAYSIAKINI


 


Beberapa penyokong Himpunan Hijau mendakwa diserang di hadapan ibu pejabat polis daerah Kuantan – tempat mereka berkumpul bagi menyatakan sokongan terhadap 16 peserta protes anti-Lynas yang ditahan semalam.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Ketari Lee Chin Chen mendakwa, insiden itu berlaku sekitar jam 1 pagi ini.

Dakwanya lagi, aktivis itu diserang oleh kumpulan sama yang terlibat dalam serangan terhadap pejabat DAP Kuantan bulan lalu.

“Enam orang diserang oleh mereka, dan saya hampir dipukul.

“Nasib baik ada orang yang datang menghentikan samseng-samseng itu,” dakwa Lee melalui pesanan Whatsapp kepada Malaysiakini.

Seramai 16 orang ditahan dalam protes anjuran Himpunan Hijau di depan loji pemprosesan nadir bumi Lynas Corporation semalam.

Tiada ulasan: