MALAYSIAKINI
Terbaru datangnya daripada badan pemantau kebebasan akhbar yang
berpejabat di Paris, Reporters Without Borders (RSF), yang menyifatkan
tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak itu sebagai satu "bencana " terhadap
kebebasan maklumat di Malaysia.
"Kami kesal perdana menteri telah memilih untuk mengambil tindakan
undang-undang dan bukannya menggunakan haknya untuk menjawab," kata
Benjamin Ismaïl, ketua meja RSF Asia Pasifik, dalam satu kenyataan.
Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu bencana terhadap kebebasan
maklumat di Malaysia kerana ia bermakna mana-mana punca berita boleh
disaman apabila ia membenarkan pembacanya menyuarakan pandangan mereka.
Sehubungan itu, RSF menggesa perdana menteri menarik balik tindakannya
itu, dan sebaliknya bersedia menerima kritikan rakyat terhadapnya.
Pandangan itu disokong oleh NGO Aliran, yang berkata saman itu
menunjukkan kecenderungan kerajaan untuk menutup mulut dan bukannya
bekerjasama dengan media.
"Walaupun pada dasarnya, kita membenci kenyataan fitnah, namun tindakan
Najib dan Umno itu adalah sama seperti menanamkan rasa takut dalam media
alternatif lain dan pembaca prihatin mereka.
"Malaysiakini, pada prinsipnya, menyediakan ruang yang cukup untuk
mana-mana pihak yang tak puashati untuk menjawab sebarang tulisan yang
kritikal atau komen pembaca - satu amalan yang biasa dalam demokrasi
yang berkembang maju.
"Dengan tidak menerima tawaran Malaysiakini hak untuk menjawab, Najib
dan yang lainya hanya mengukuhkan rasa syak wasangka bahawa pihak yang
berkuasa cenderung untuk menutup mulut portal berita itu, yang dikenali
sentiasa memperjuangkan kebenaran tanpa rasa takut atau pilih kasih ,"
kata jawatankuasa eksekutifnya tersebut.
Aliran juga menggesa Najib untuk mempertimbangkan implikasi yang lebih
luas terhadap amalan demokrasi dan menggugurkan samannya.
Pada 3 Jun lalu, Najib dan Umno, melalui setiausaha kerjanya, Datuk Abdul Rauf Yusoh, menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini dan editornya Steven Gan dan Fathi Aris Omar.
Mereka mendakwa kompilasi komen pembaca komen dalam ruang ' Yoursay '
yang disiarkan pada 14 Mei, iaitu '‘A case of the PM reaping what he
sows’ dan ‘How much will Najib spend to keep Terengganu?, berunsur
fitnah.
"Kami berhasrat untuk melawan saman itu habis-habisan," kata Gan.
NOTA: Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan setebal 30 halaman terhadap Malaysiakini dan editornya boleh diakses di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan