\KL TODAY
SYDNEY:
Pencarian Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 akan berubah ke kawasan
sejauh 800 kilometer (km) di selatan lokasi pencarian sebelum ini
berdasarkan analisis baharu laluan pesawat tersebut.
Pasukan penyiasat
yang berusaha menyelesaikan misteri kehilangan pesawat Boeing 777-200ER
itu dijangka meneroka kawasan berkeluasan 1,800 kilometer ke barat
bandar raya Perth.Akhbar West Australian melaporkan operasi mencari
bawah laut itu akan disambung semula Ogos depan.
Sebelum ini, lokasi sama terhad kepada pencarian dari udara.
“Sumber mendedahkan kapal peninjau Fugro Equator sudah beroperasi di zon tersebut dan akan disertai kapal China, Zhu Kezhen tidak lama lagi,” kata laporan itu.
Dua kapal itu akan meninjau lokasi baharu itu yang memiliki kedalaman hingga 6,000 meter sebelum pencarian dasar aut dimulakan.
Sebelum ini, pencarian MH370 melibatkan operasi besar-besaran di udara dan laut gagal menemui bangkai atau serpihan pesawat itu.
Boeing777-200 tersebut bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing pada 8 Mac lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan