Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia
DNA Babi :
Bulan Mei 2014, menjadi saksi bagaimana rakyat Malaysia
terutamanya Muslim dikejutkan dengan dakwaan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) yang mengatakan Coklat Cadbury mengandungi DNA. Seluruh
Malaysia seperti dilanda letupan “bom atom di Hiroshima dan Nagasaki“. Masakan mungkin…
Masakan mungkin rakyat Malaysia beragama
Islam pada ketika itu boleh berdiam apabila melihatkan sejarah lampau
hidup mereka, sudah berkilo-kilo coklat Cadbury Malaysia ditelan dan
“ditanam” diperut sehingga menjadi darah daging mereka yang mana didakwa
mempunyai DNA babi sebenarnya.
Berita Terkini Coklat Cadbury Malaysia : Muslim Malaysia VS Cadbury Malaysia?
Sehingga menyebabkan Muslim Malaysia
bangkit menuntut keadilan dan mahu syarikat Cadbury bertanggungjawab di
atas segala bencana yang berlaku ke atas diri mereka selama ini
termasuklah :
- ada yang mahu hantar saman ratus jutaan ringgit
- ada yang mahu mencuci darah
- dan macam-macam lagilah
Itu coretan berita yang berkemundang
disepanjang bulan Mei 2014. Berita Terkini mengenai status coklat
Cadbury Malaysian hari ini tanggal 2 Jun 2014, Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tampil ke hadapan dan
mengatakan :
- Dua sampel produk coklat Cadbury Malaysia (coklat susu dengan kacang hazel Cadbury Dairy Milk Hazelnut dan coklat susu dengan buah badam Cadbury Dairy Milk Roast Almond) yang diambil terus dari kilang syarikat itu, disahkan tidak mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine)
- Ujian yang dijalankan Jabatan Kimia
- Keputusan yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini mungkin tercemar
Sumber : Utusan Malaysia Online
Sekejap ada sekejap tiada. Apabila
membaca laporan berita ini, teringat Berita Semasa ibarat suatu ulang
tayang seperti mana yang pernah berlaku kepada kes IKEA dahulu. Masih
ingat lagi? Plot ceritanya hampir sama….
Manakala untuk kes DNA babi pada coklat Cadbury ini bermula apabila :
- Terdapat dakwaan yang mengatakan sosej IKEA ada DNA babi
- Beria-ria IKEA membuang semua sosej-sosej mereka, dan dapur mereka semua menjalani proses samak yang ketat
- Akhirnya keputusan akhir yang diperolehi, tidak wujud pun DNA babi sebenarnya
- coklat Cadbury ini dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan malaysia (KKM) itupun setelah borang ujikaji telah bocor
- JAKIM bertindak untuk menganalisa dan membuat kajian untuk kali kedua menggunakan sampel terus dari kilang
- Yang mana akhirnya, coklat Cadbury Malaysia yang dicanang selama ini ada mempunyai DNA Babi tiada sebenarnya
Laporan Coklat Cadbury Malaysia DNA Babi : JAKIM VS KKM?
Pada pemerhatian Berita Semasa, dalam hal ini Berita Semasa lebih percayakan JAKIM.
DNA babi daripada sampel yang diperiksa
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin ada pencemaran kerana
diambil adaripada pasaran seperti mana diakui sendiri dalam laporan
JAKIM terbaru yang disampaikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom .
Analogi mudahnya seperti di bawah ini :
- Contohnya kita, lalu di depan/sebelah kedai Cina yang menyediakan sup babi contohnya, asap sup babi kena pada baju kita
- Kemudian kebetulan jumpa pula Ah Seng (baru lepas makan babi salai), kita pula pergi salam dengan kawan lama tersebut
- Jadi, sila semak semula baju dan tangan, pasti ada DNA babi.
- Ya….jangan salah paham antara DNA babi dengan cebisan daging babi
- Sekian…..
Realitinya Berita Semasa paham
kebanyakan muslim di Malaysia sudah mula timbul perasaan was-was untuk
membeli apatah lagi makan coklat Cadbury ini walaupun mengandungi tanda
halal.
Jadi apa respon balas anda semua selepas mendengar pengesahan
terbaru mengenai status terbaru coklat Cadbury ini yang tiada DNA Babi?
2 ulasan:
Saya masih tidak dapat menerima alasan pencemaran menyebabkan sampel coklat yg di anslisa oleh KKM mengandungi dna babi. Saya sarankan supaya persampelan rawak diambil disemua outlet spt di kedai seven eleven dan supermarket di seluruh negara dan dianalisa. ini lebih representatif kerana ia melibatkan coklat drp beberapa batch bancuhan. Kalau sampel yg diambil dikilang selepas isu ini meletus saya sangsi pihak kilang telah bersedia supaya dgn batch bancuhan yg bersih. pada saya ada kemungkinan pencemaran berlaku di kilang sekiranya dikilang tersebut juga memproses produk yg ada unsur drp procine? saya difahamkan selain jabatan kimia, upm, mardi dan makmal teknology perk boleh menjalankan analisa dna babi. Persatuan pengguna islam boleh ambil inisiatif utk buap persampelan dikedai2. Kita saman cadbury jika benar2 produknya mengandungi dna babi.
ala makan babi sikit je. makan babi nanti jadi otak Cina pandai menipu.
Catat Ulasan