SUNGAI BULOH - Pertubuhan Kebajikan Gabungan Melayu Islam Malaysia (PKGM) mengecam tindakan pihak yang sengaja mewujudkan laman sosial Facebook palsu pertubuhan itu bagi mengelirukan orang ramai.
Dengan menggunakan nama profil di laman sosial sebagai Kongsi Gelap Melayu (KGM), pihak berkenaan juga dilihat cuba memberikan imej buruk kepada pertubuhan asal dan turut mengeluarkan kenyataan berbaur provokasi.
Presiden PKGM, Razak Dahaman berkata, sebelum ini, pihak terbabit telah beberapa kali menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan melalui laman sosial palsu tersebut dan menimbulkan kemarahan orang ramai khususnya golongan Melayu di negara ini.
“Segala maklumat di dalam Facebook pertubuhan yang asal telah dimasukkan ke dalam laman sosial palsu itu dan diputar-belitkan sehingga mengelirukan banyak pihak,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Razak, laman sosial palsu itu telah mula aktif sejak akhir Mac lalu dan pihaknya menyedarinya pada awal pagi kelmarin.
Katanya, laman palsu itu menggambarkan seolah-olah dirinya seorang pengamal ajaran sesat.
“Pertubuhan PKGM ditubuhkan sebagai platform memperjuangkan hak orang Melayu, bukannya untuk mengamalkan ajaran sesat.
“PKGM30 turut diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada bulan Jun 2012,” katanya.
Selain itu katanya, pihak berkenaan turut memutarkanbelitkan kenyataan dengan menggunakan namanya bagi mewujudkan provokasi antara parti politik di negara ini.
Pihaknya sedang menyiasat dan masih tidak dapat mengenal pasti dalang di sebalik laman palsu itu yang dilihat cuba melagakan NGO Melayu dengan parti politik.
“Saya syak pihak tidak bertanggungjawab ini salah seorang individu yang mengikuti perkembangan pertubuhan kami,” katanya.
Razak membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh bagi membersihkan namanya di samping membolehkan siasatan selanjutnya dijalankan pihak berkuasa.
Beliau juga berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta polis dapat bertindak dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu terbabit.
2 ulasan:
Saintis Kementerian Kesihatan jenis Cap Ayam manakala saintis Jakim keluaran Ulullalbab.Mana boleh disangsikan.Bikin kecoh sikit sempena PRK Tlk.Intan,nak curi perhatian umat Islam Tlk.Intan semua berlakon sandiwara.Apparatus makmal KKM low class beli secara rasuah manakala Apparatus Makmal JAKIM dibeli secara halal tanpa rasuah amanah dan fatanah,sebab itu tak leh detect DNA BABI pocine.
Sibuk je pasal babi yang buat lagi terok kongkek anak dara melayu islam lagi terok dari makan babi.
Catat Ulasan