Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak SPDP Tan Sri William Mawan Ikom mengumumkan keluar parti hari ini.
Turut mengumumkan tindakan sama ialah pemimpin kanan SUPP Datuk Seri Wong Soon Koh.
Dua orang menteri kanan negeri itu akan menyertai parti mesra BN, Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS).
Sidang media pengumuman peletakan jawatan tersebut berlangsung di bangunan DUN Sarawak.
Mawan sebelum ini terlibat dengan perebutan kuasa dengan timbalannya Datuk Seri Tiong King Sing manakala Wong pula terlibat dengan satu pertikaian dengan SUPP.
Sembilan ADUN dan ahli Parlimen BN mengikut jejak langkah mereka keluar parti untuk menyertai TERAS.
Mawan adalah menteri kanan pembangunan sosial manakala Wong adalah menteri kanan kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat.
Tiga daripada mereka yang keluar parti itu hari ini adalah juga menteri muda.
Yang lainnya yang keluar SPDP adalah:
- Peter Nansian (ADUN Tasik Biru dan menteri muda);
- Sylvester Entri Muran (Marudi);
- Paulus Gumbang (Batu Danau);
- Rosey Yunus (Bekenu dan menteri muda); dan
- Anyie Ngau (MP Baram)
Timbalan Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP), George Lagong (Pelagus) juga keluar parti untuk menyertai TERAS. SWP bukan sebahagian daripada BN.
Rosey dan Nansian dari SPDP dan Jerip dari SUPP Jerip adalah menteri menteri.
Team A dan B dalam BN S'wak
Mawan, yang juga ahli Parlimen Saratok, berdepan dengan tekanan dari SPDP untuk menjelaskan mengapa beliau secara unilateral menerima masuk semula empat wakil rakyat yang telah dipecat dari parti itu.
Keempat mereka yang digelar sebagai G4 adalah Nansian, Sylvester, Paulus dan Rosey.
Pengasas bersama TERAS, Nansian berkata, parti itu yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada tahun lepas, akan memohon untuk menyertai BN.
"Kami akan menemui Ketua Menteri dan Pengerusi BN negeri, Tan Sri Adenan Satem selepas sidang media dan akan memberitahu beliau hasrat kami untuk menyertai BN," katanya.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Sarawak, See Chee How berkata dengan 10 ADUN dan seorang MP, maka TERAS menjadi parti politik kedua terbesar yang menyokong BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan