Rabu, 28 Mei 2014

BN takut Pakatan buat hatrik



Oleh Zulkifli Yahaya


‘HARAM hukumnya mengundi Dyana Sofya kerana calon DAP itu tolak hudud’. Demikian fatwa politik yang tersebar luas di alam maya.Ia dipetik daripada kenyataan Dyana bahawa sebagai seorang Muslim beliau tidak menolak hukum tersebut, cuma akan bersama keputus an parti jika terpilih sebagai ahli Parlimen. Ada lagi fatwa yang lebih hebat iaitu sesiapa mengundi calon tolak hudud maka akan jadi kufur.

Jika haram hukumnya mengundi Dyana Sofya, maka lebih haram lagi mengundi calon Gerakan, Dato’ Mah Siew Keong yang juga merupakan Presiden Gerakan. Ia kerana Gerakan lebih lantang lawan hudud berbanding DAP. Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan rombongannya menghantar memorandum hingga ke pejabat PAS mendesak PAS membatalkan hasrat membawa usul hudud ke Parlimen. Jika PAS berdegil, Gerakan mengancam mengheret PAS ke mahkamah.

Jika mengundi calon DAP dan Gerakan haram dengan alasan hudud, maka siapa yang rakyat hendak undi dalam pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan? Maknanya pengundi beragama Islam haram turun mengundi, biar orang bukan Muslim sahaja yang me ngundi?

Niat sebenar fatwa songsang tadi hanya untuk ditujukan kepada pengundi Islam yang bercadang untuk mengundi Pakatan Rakyat. Apabila penyokong Islam daripada Pakatan tidak mengundi sesiapa, sedang Melayu BN semua mengundi calon daripada Gerakan itu – maka menanglah BN. Itu saja matlamat fatwa tersebut disebarkan.

Begitulah sebabak senario politik Malaysia yang sangat primitif sejak merdeka. Atau sejak Umno berkuasa dan tidak pernah kalah-kalah. Hukum suci ciptaan Allah SWT menjadi bahan eksploitasi politik Umno; untuk mengajak umat Islam menolak PAS atau untuk memecahbelahkan PAS dengan rakan-rakan politik. Isu politik yang dimainkan dalam pilihan raya Malaysia itu hampir tidak terdapat dalam mana-mana demokrasi di dunia ini.

Isu hudud sangat laris digunakan para pemimpin BN mutakhir ini. Ia menjadi serampang dua mata. Mata pertama, seperti yang disebutkan tadi, untuk memecahkan PAS dengan rakanrakan sekutu dalam Pakatan.

Mata kedua, ialah untuk mengalih isu derita rakyat akibat bebanan kos hidup. Sebahagian orang Melayu sangat mudah diumpan dengan isu agama dan rasis. Ahli Umno berkarat di Sik dan Baling begitu marah dengan calon Melayu kerana bertanding atas tiket DAP.

“Melayu sanggup jadi alat DAP,” tengking mereka. Besok pagi, pendukung kuat Umno bawahan itu tekun menghadap pokok getah untuk menoreh yang hasilnya kini cuma RM1.70 sekilogram getah sekerap. Atau tekun bekerja di kilang milik tauke Cina dengan pendapat an tidak seberapa.

Orang Melayu penyokong tegar Umno hari ini menderita di mana-mana akibat kegagalan kerajaan membela nasib mereka, namun derita hidup golongan ini tidak jadi isu. Isu yang menjadi tersemat dalam benak sanubari me reka ialah jika Pakatan menang, DAP akan berkuasa dan hilanglah hak Melayu. Jika Pakatan berkuasa, negara huru hara dan rakyat menderita. Mereka tidak sedar kehidup an yang diuliti sekarang adalah dalam longkang derita, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Begitulah bijaknya Umno memperbodohkan orang Melayu sehingga kabur untuk melihat yang mata satu isu diri sendiri dan yang mana isu yang tiada kena mengena dengan mereka.

Menghantar seorang wakil ke Parlimen bukan bertujuan untuk membahas isu hudud sematamata dari awal hingga ke akhir sesi. Terlalu banyak isu rakyat yang mahu diperjuangkan. Andai rak yat terpaksa memilih antara dua parti yang menolak hudud, maka kewajipan memilih salah satu parti yang lebih besar manfaat dalam aspek yang lain menjadi keutamaan.

BN adalah parti memerintah yang sangat teruk, mungkar, menyeleweng, membocorkan wang rakyat dan rangkaian kebejatan mereka sudah berakar umbi dan ‘bersistem’ dalam pentadbiran.

Menjatuhkan kerajaan yang seburuk itu adalah kewajipan rakyat yang berakal. Berdasarkan perkara tersebut, bukan susah sangat untuk memilih antara calon ‘non-Muslim’ daripada Gerakan atau calon Muslimah daripada DAP.

Seperti biasa, bukan Umno namanya jika tidak menyerang calon dengan isu peribadi. Gaya pembunuhan karektor (character assassination) masih menjadi modus operandi Umno-BN untuk mengekalkan kuasa. Kelakar juga apabila Umno turut bermain de ngan isu aurat wanita hanya kerana calon DAP tidak menutup aurat dengan sempurna. Umno kena cari cermin yang besar untuk di letakkan di hadapan isteri Perdana Menteri supaya mereka dapat melihat diri sendiri.

Ketua Wanita Umno, Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil turut menghamburkan pelbagai tuduhan.
Paling celupar apabila menuduh Dyana sebagai ‘alat dan boneka’ DAP.

Apa pun tuduhan yang dihamburkan dan perangkap yang dibuat untuk memecahkan Pakat an, BN tidak dapat menyembunyikan perkara sebenar dalam PRK Teluk Intan, iaitu kalah kali ketiga berturut-turut selepas Kajang dan Bukit Gelugor. Jika hatrik ini berlaku, ia pukulan maut untuk PM Najib Razak yang sedang nazak.

Tiada ulasan: