Jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Almarhum merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Nama baginda mula menjadi sebutan ramai apabila dilantik menjadi Ketua Hakim Negara yang ke-5 Pada 12 November 1982. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
Almarhum ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II. Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984 dan majlis pertabalan Pada 9 Disember 1985.
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan