Selasa, 27 Mei 2014

Komentar Roketkini: Pertandingan memperlekeh wanita

_DSC3772


Roketkini.com


Sifat buruk sesetengah pemimpin UMNO serta konco-konco mereka tentang wanita kini sudah terserlah.

Bagi mereka, perempuan hanyalah bahan dagangan yang dinilai cantik atau tidak. Untuk mereka, akal fikiran hanya milik lelaki. Mereka hanya tahu memperlekehkan wanita.

Sepanjang kempen pilihanraya kecil Parlimen Teluk Intan, beberapa pemimpin UMNO mengingatkan pengundi bahawa PRK itu bukan pertandingan ratu cantik. Maknanya mereka melihat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, hanya sebagai peserta ratu cantik dan bukannya calon politik yang serius.

Malah demi memburukkan kewibawaan Dyana, mereka sanggup memperlekehkan isteri mereka sendiri.

Contohnya Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan dalam satu ceramah di Teluk Intan tanpa segan silu memberitahu hadirin bahawa jika PRK itu adalah pertandingan ratu cantik, “isteri saya pun boleh menang.”

Maksud Ahmad Maslan yang tersirat seperti sudah tersurat, iaitu isterinya tidak tahu apa-apa tentang politik; sama seperti Dyana. Hanya lelaki sahaja yang pandai berpolitik. Sehingga sanggup memperlekehkan isteri sendiri.

Mungkin ada benarnya pandangan pemimpin UMNO yang gila berpolitik. Mereka tidak sedar bahawa calon DAP, seperti kebanyakan pemimpin dan ahli DAP lebih berminat untuk memperjuangkan demokrasi, keadilan dan hak asasi daripada bermain politik.

Malah pemimpin Wanita UMNO pula berdiam diri sahaja seolah-olah merestui kenyataan-kenyataan pemimpin mereka yang berjantina lelaki.

Selain Ahmad Maslan, pemimpin lain seperti Khairy Jamaluddin juga bermain dengan kata-kata pertandingan ratu cantik. Sehinggakan bekas Naib Canselor UiTM Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah pun tumpang berkempen di Teluk Intan untuk UMNO dengan hujah yang hampir sama.

Sebenarnya memang PRK Teluk Intan bukan pertandingan ratu cantik. Bagi kebanyakan pemimpin UMNO, ia hanyalah pertandingan memperlekehkan wanita. – Roketkini.com

Tiada ulasan: