Khamis, 29 Mei 2014

Pakatan Rakyat desak penjelasan, bimbang Bank Rakyat musnah seperti BMF

Oleh Sheridan Mahavera


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri penjelasan berhubung skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu beri penjelasan berhubung skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat, kata Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar. Gambar fail The Malaysian Insider. 



























Bimbang tragedi yang berlaku kepada Bank Bumiputra berulang kembali, ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan apakah benar pentadbirannya terlibat dalam skandal hutang RM32 juta Bank Rakyat.

Ahli Parlimen Pokok Sena yang juga Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata sebagaimana skandal Bumiputra Malaysian Finance (BMF) pada awal 1980 yang memusnahkan induknya, Bank Bumiputra, skandal pinjaman ini boleh merosakkan nama baik dan boleh memusnahkan bank itu.

Dengan mengaitkan skandal BMF itu, Mahfuz berkata, skandal pinjaman RM32 juta Bank Rakyat itu menunjukkan pemimpin politik peringkat tertinggi terlibat dalam urusan bank ini sedangkan ia sepatutnya diuruskan oleh lembaga pengarahnya.

"Bank Bumiputra ditubuhkan untuk membantu ahli perniagaan Bumiputera. Kerana campur tangan politik, ia menyebabkan skandal BMF, yang menyebabkan Bank Bumiputra rugi besar dan sekarang hilang entah ke mana. Kami bimbang perkara yang sama berlaku kepada Bank Rakyat," kata Mahfuz pada sidang media, hari ini.

"SPRM dan Bank Negara perlu menyiasat dakwaan ini. Siapa yang dapat manafaat daripada penyusunan semula pinjaman ini?

"Mesyuarat agung luar biasa perlu diadakan oleh pemegang saham bank dan laporan perlu dibuat tentang kejadian ini. Salah guna kuasa ini sangat serius dan ia melibatkan majoriti pemegang saham bank yang merupakan orang biasa," kata Mahfuz.

Mahfuz berkata laporan sebelum ini mendakwa ahli perniagaan Deepak Jaikishan menulis sebuah buku tentang bagaimana kegiatan dan cara berurusan sebahagian pentadbiran Najib.

Maklumat ini membuktikan ia memalukan sesetengah ahli politik dan Mahfuz membuat andaian mengapa individu ini menerima layanan yang sangat baik.

"Jika tidak bagaimana beliau boleh berbincang dengan menteri untuk menyusun semula cara bayaran hutangnnya? Biasanya jika anda berhutang, anda pergi berjumpa pegawai bank untuk menyusun semula hutang, tetapi orang ini pergi jumpa menteri".

Laporan sebelum ini menyebut Sabbaruddin mendakwa Hassan masuk campur dalam menyelesaikan pinjaman perniagaan dengan Bank Rakyat.

Lembaga Pengarah bank awalnya menolak tawaran yang dibuat oleh Deepak untuk menyelesaikan hutangnya.

Ahli perniagaan itu didakwa menawarkan 120 cek  post-dated yang boleh ditunaikan dalam masa 10 tahun.

Menurut Sabbaruddin, selepas keputusan dibuat, Hassan tidak berpuas hati dan tidak menyambung kontraknya yang tamat dengan bank itu.

Tiada ulasan: