Selasa, 8 Oktober 2013

Persekongkolan Umno-SPR terbukti




DETIK DAILY






Pendengaran awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) melalui pentas Tribunal Rakyat yang berlangsung pada 18 September hingga 22 September lalu membongkar persekongkolan antara Umno-BN dengan agensi pelaksana pilihan raya. Beberapa pendedahan mendapati adanya bukti yang menunjukkan dakwaan ini berasas.

Bagi mendapatkan respon menyingkap isu-isu persekongkolan ini, wartawan Harakah, ROY RASUL mengutip pandangan Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras),Azmi Hamid pada 23 September lalu. Ikuti kupasan Azmi dalam wawancara di bawah.

WARTAWAN: Tribunal Rakyat anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mendedahkan kepincangan proses Pilihan Raya Umum Ke- 13, terdapat dakwaan berlaku pembelian undi di sesetengah kawasan, apa pandangan saudara? 

AZMI HAMID: Buktibukti yang dikumpul mesti diberi pandangan dan diambil perhatian berat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini kerana segala petisyen yang diberi dan dihantar oleh pelbagai parti dalam Pakatan Rakyat berhubung keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu telah ditolak atas yang sangat teknikal.

Bukan merujuk kepada kandungan di mana adanya aduan atas kes-kes yang menunjukkan kepincangannya yang besar dalam pilihan raya itu. Saya berpendapat segala maklumat yang dikumpulkan dan mempunyai fakta itu mesti diberi perhatian yang bersungguh oleh SPR dan melihat ini bukan sebagai satu perkara yang tidak boleh dilihat semula untuk mempastikan integriti pilihan raya kita dipersoal rakyat.

Dalam tribunal itu juga Pengerusi Bersih Dato’ Ambiga Sreenevasan mendakwa SPR bertindak di bawah kuasa Putrajaya, sedangkan badan berkenaan sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas. Jadi apa pandangan saudara dalam isu ini?

SPR bukan satu badan yang diperakui sebagai sebuah lembaga yang bebas. Sebaliknya, akauntabilitinya dilihat hanya kepada eksekutif yang memegang kuasa di Putrajaya.

Sememangnya selama ini kita melihat apa yang dilakukan oleh SPR khasnya dalam aspek kebolehpercayaan (keyakinanintegriti) itu dipersoalkan rakyat kerana kita sedia maklum bahawa arahan datang daripada Putrajaya bukan daripada saluran aduan bebas dan dibuat secara profesional.

Kita lihat banyak perkara yang dihujah SPR yang dihujah balas oleh pihak parti politik yang memberi aduan itu nampaknya tidak menunjukkan respon yang positif dari SPR sebabnya mereka di bawah kuasa dan telunjuk dari Putrajaya. Ini tidak boleh dinafikan.

Umno, BN dan SPR sebelum ini mempertahankan kononnya PRU13 bersih, hakikatnya dalam tribunal rakyat mendedahkan kekotoran dan apa komen saudara?

Memang dari dahulu isu persekongkolan antara Umno dengan SPR itu sering diungkap dan sering dinyatakan sebagai satu yang dapat dibuktikan oleh banyak pihak contohnya persempadanan dan daftar pengundi kemudian penggunaan Umno dalam kempen-kempen nya menggunakan premis awal, sekolah dan sebagainya.

Ini menunjukkan adanya persekongkolan dan pilihan raya walaupun disebut sebagai padang yang sama tetapi di antara satu pihak dengan menyalahgunakan semua kemudahan dengan satu pihak lagi yang disekat kemudian itu ditindas sehingga tidak wujud satu permainan yang sama rata.

Biarpun mereka mengatakan menggunakan undang-undang yang sama dipakai oleh semua pihak tetapi apabila di dalam kempen dalam undang-undang ternyata ini bukan sama rata tetapi antara pihak yang diberi semua kemudahan dan dibiarkan menyalahguna kuasanya dengan satu pihak lagi yang dipastikan ia dipinggirkan ditindas dan dihadkan.

Persekongkolan ini yang menyebabkan PRU13 dan juga pilihan raya sebelum ini sebagai satu yang tidak dapat dipertahankan keputusannya.

Sejauh mana saudara melihat tribunal ini mampu menjadi platform kepada usaha reformasi dalam PRU14 pula.

Apa kaedah dan keperluan yang harus digemblengkan bagi menjadikan hasil laporan tribunal ini menjadi asas penambahbaikan perjalan pilihan raya?

Tribunal Rakyat itu satu inisiatif yang baik dan sepatutnya boleh menyemarakkan lagi celik demokrasi di kalangan rakyat.

Ertinya tidak hanya bergantung kepada keputusan daripada institusi rasmi kerajaan bahawa ia boleh dibuat di luar sistem kerajaan dan boleh menjadi lebih berwibawa dan boleh membuktikan fakta dan sebagai.

Dengan itu, pada saya, ini boleh diteruskan manakala kaedah yang boleh dibuat perlu ada satu penerangan secara merata kepada semua peringkat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan parlimen untuk menerangkan kepada masyarakat tentang kepincangan melalui bukti-bukti yang telah dapat dikumpul melalui tribunal.

Kaedah merakyatkan maklumat-maklumat ini dan memahamkan tentang prosedur yang sepatutnya diikuti oleh semua parti yang terlibat dalam pilihan raya dan juga menunjukkan betapa prosedur itu dilanggar dan dikhianati pihak pemerintah sendiri.

Jadi maklumat itu harus disemarakkan dan keduanya kaedahnya untuk mewujudkan tribunal ini mereka yang berwibawa dan yang betul-betul untuk mewujudkan tribunal itu mereka yang berwibawa dan betul-betul profesional dan tidak menunjukkan tidak menyebelahi mana-mana pihak dan tugas perbicaraan yang sangat bebas sehingga menjadi satu Suruhanjaya Tribunal Rakyat yang dapat dihormati bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Dalam hal ini, wakil dari Umno, Setiausaha Agungnya Tengku Adnan Mansor turut dijemput malangnya beliau tidak hadir dalam tribunal itu sedangkan ia bertujuan mencari kebenaran dan keadilan, apa pandangan saudara?

Itu menunjukkan tidak jujurnya dan tidak terbukanya Umno untuk berhadapan dengan rakyat baik berhadapan tribunal yang diusahakan rakyat.

Dalam masa yang sama juga menunjukkan keangkuhan mereka tidak mahu mendengar melainkan di kalangan mereka sahaja.

Jika ini sifat mereka, demokrasi bukan satu perkara yang benar-benar menjadi ciri negara ini dan ia satu budaya berpolitik yang tidak menghormati kehendak rakyat, mereka cuma ghairah untuk pertahan kuasa tidak mahu berhadapan dengan rakyat secara jujur dan akhirnya kita dapati sikap Setiausaha Agung Umno ini yang akan kekal sampai bila-bila dan tidak boleh melakukan reformasi dalam Umno itu sendiri.

Tiada ulasan: