Sabtu, 26 Oktober 2013

BN gagal tepati Aku Janji tambah BRIM sehingga RM1,200


s


SHAH ALAM  : Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari mempersoal bantuan itu kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.

Pada Februari lalu – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.

“#Bajet2014 BR1M akan menaikkan (bantuan) kepada RM650. Saya ingat dulu TPM janjikan RM1,000,” kata Teo dalam tweet-nya lewat petang semalam.

Sementara Amiruddin pula berkata: “Janji ditepati! Janji BR1M RM1,000 dapat RM650,” kata beliau dalam tweet-nya.

Menurut pendapat di laman Facebook, Zulkifli Hasan berkata, setelah meneliti bajet 2014, analisis pakar ekonomi dan Aku Janji BN, terfikir adakah perlu ditubuhkan pasukan peguam untuk menyaman kerajaan pusat kerana tidak menunaikan Aku janji.

“Kerajaan Selangor di bawa ke mahkamah kerana didakwa gagal menunaikan manifesto. Kenapa tidak kerajaan pusat,” katanya.

Muhyiddin antara lain dilapor berkata BR1M akan diberi bukan sahaja untuk kali kedua, tetapi untuk masa ketiga, keempat, kelima, atau malah selama-lamanya jika BN menang kerajaan

Tiada ulasan: