MALAYSIA KINI
Kenyataan
Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian
Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah
menghina Islam, kata PERKASA semalam."Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam blognya.
"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.
Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu, juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .
Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.
Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.
Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.
"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".
"Hormat sedikit," tambah Irwan.
'Tumbangkan Kamalanathan'
Beberapa ibubapa bukan Islam mengadu bahawa tindakan sekolah tersebut sebagai tidak sensitif dan tidak sesuai untuk para pelajar.
Penganut agama Hindu dan Buddha menganggap lembu sebagai haiwan suci.
Sementara itu, Irwan memberi amaran kepada Kamalanathan (kiri) bahawa dia harus menarik balik kenyataannya atau ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kepimpinan Wira juga menggesa orang-orang seperti ini kita tumbangkan pada PRU yang akan datang.
"Kena ingat kawasan anda mempunyai ramai orang melayu, jika tidak menarik balik, kita tunggu PRU yang akan datang," kata Irwan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan