Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata parti parti Gerakan perlu berhenti menyalahkan kumpulan pro-Melayu tersebut atas kegagalan mereka untuk meraih sokongan.
Sebaliknya, parti tersebut perlu dibubarkan dan anggotanya harus menyertai MCA untuk mendapatkan sokoongan orang Cina, katanya.
Tambahan lagi, Gerakan sememanganya parti serpihan MCA, katanya Ibrahim lagi dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan presiden sementara Gerakan, Chang Ko Youn yang menyifatkan kumpulan berhaluan kanan tersebut sebagai ekstremis yang tidak mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tambahnya Gerakan tidak sepatutnya menyalahkan PERKASA atas kegagalan parti tersebut.
Ibrahim berkata, PERKASA ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-13 apabula Gerakan sudahpun tewas di Pulau Pinang, sepertimana parti komponen MCA yang turut kehilangan banyak kerusi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan