IPOH - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, beliau belum
memutuskan sama ada mahu mempertahankan jawatannya itu atau tidak.
Menurutnya, sama ada beliau layak atau tidak untuk terus memegang jawatan itu akan ditentukan oleh perwakilan pada muktamar tahunan Pas November depan.
“Sebagai penyandang, saya harus menilai dan muhasabah prestasi saya selama empat tahun memegang jawatan ini.
“Saya menunggu isyarat daripada perwakilan dan biarkan mereka menentukan siapa layak,” katanya pada Sinar Harian selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Ipoh Timor, di sini, semalam.
Mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai presiden, Salahuddin berpendapat ia merupakan pandangan peribadi bekas Menteri Besar Kelantan itu.
Menurutnya, perwakilan Pas bijak membuat keputusan dan mengharapkan muktamar Pas kali ini berlangsung dalam suasana cukup berdisiplin seperti tahun-tahun sebelumnya.
“Mursyidul Am ada pandangan tersendiri tetapi perwakilan yang akan menentukan siapa akan menerajui parti.
“Muktamar ini penting dalam menentukan masa depan Pas yang lebih baik,” katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau berpandangan pemotongan elaun wakil rakyat atau menteri Kabinet bukan satu keperluan utama dalam usaha membantu menangani kos sara hidup rakyat.
Katanya, apa yang paling penting adalah kerajaan seharusnya mengkaji semula dari sudut menstrukturkan semula subsidi dan membanteras rasuah habis-habisan.
Beliau berkata, perbelanjaan atau projek mega yang tidak memberi impak besar kepada rakyat harus dikaji.
“Kerajaan harus elakkan pembaziran, khususnya pada majlis keraian dan kurangkan perbelanjaan untuk aktiviti atau projek yang tidak membantu meringankan beban rakyat.
“Kita (PR) berani janjikan dalam manifesto pada PRU13 lalu untuk turunkan harga minyak disebabkan kita yakin mampu melaksanakannya dan ada jalan untuk lakukannya,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan