Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar
: Biasanya, berdasarkan laporan media arus perdana di Malaysia, rakyat
Malaysia diminta jangan terlalu percaya kepada khabar angin dan
digalakkan hanya berpandukan maklumat yang “sahih dan tepat” contohnya
kitab Utusan Malaysia dan Berita TV3 serta berita RTM.
Dan berdasarkan laporan Bernama yang disiarkan oleh Yahoo
Malaysia, ekonomi Malaysia kekal kukuh, aman, stabil, ekonomi Malaysia
positif, mengukuh, pesat membangun, harga minyak masih termurah
berbanding negara lain, kos sara hidup rendah, segala macam yang
indah-indah belaka.
Contohnya, laporan berita Bernama pada 29 April 2013 satu minggu sebelum Pilihanraya Umum ke 13 (2013).
Sekarang?
Hakikatnya, sekarang ini, Ringgit Malaysia terus jatuh ke nilai terendah dalam tempoh 15 tahun.
belum pernah dalam sejarah matawang malaysia dalam tempoh 15 tahun
terakhir ini, nilai matawang Malaysia serendah seperti yang berlaku
sekarang.
Terbaru nilai ringgi Malaysia mencacatkan angka tukaran dengan Singapore Dollar sekitar :
Nampaknya nilai matawang ringgit
Malaysia berbanding Singapore Dollar memberikan tekanan & bacaran
yang kuat kepada rakyat Malaysia & kerajaan Malaysia yang terpaksa
mengimport barangan daripada luar pada kadar yang mahal serta
mengeksport barangan & produk Malaysia pada nilai rendah.
Contohnya :
- Tahun 2000 kerajaan bayar RM3 billion untuk import ubat ubatan
- Tahun 2013, kerajaan perlu bayar RM5 bilion disebabkan jurang nilai Euro yang semakin melebar berbanding ringgit Malaysia
- Akhirnya, siapa yang perlu menanggung kerugian tersebut? Kalau tidak…….
Sebaliknya masalah nilai ringgit
Malaysia yang terus merosot ini memberikan suatu berita gembira kepada
rakyat Singapura dan juga rakyat Malaysia yang berkerja di Kota Singa
tersebut.
“Kejatuhan ringgit dengan teruk = ekonomi Malaysia merudum”
Ringgit Malaysia VS Singapore Dollar : Rakyat Singapura Semakin Gembira?
Berita Semasa tidak terkejut dengan
situasi ekonomi Malaysia sekarang ini cuma sedih, negara yang sebenarnya
kaya-raya dengan hasil mahsul negara hanya berjaya masuk dalam senarai 40 negara berpendapatan rendah sedangkan negara tiada hasil pun boleh masuk dalam senarai 30 negara berpendapatan tinggi.
Jikalau mahu disingkap sejarah semasa
merdeka selepas Singapura keluar dari Malaysia, tentera pun Singapura
terpaksa pinjam dari Malaysia. Sekarang? Sekarang tentera Singapura
& kelengkapan ketenteraan mereka adalah yang tercanggih di Asia
Tenggara,
Ringgit Malaysia VS Dollar Singapore
berada pada paras yang sama (MYR1=SGD1), tetapi sekarang? Bukan sahaja
tidak boleh dibaik pulih malahan bertambah buruk.
Dan….yang menarik berdasarkan semakin Berita Semasa melihatkan kepada carta prestasi ringgit di sini
Prestasi Kejatuhan Ringgit Malaysia
Sumber : XE.com
Apa yang dapat anda perhatikan
berdasarkan carta di atas? Dan, cuba lihat juga sejarah tukaran ringgit
Malaysia dengan SGD, USD, EUR, GB, JPY dan lain-lain lagi untuk 1 tahun
terkahir ini. Apa yang telah berlaku?
- nilai ringgit mula mengukuh lebih kurang dua tiga bulan sebelum minggu pertama 13 Mei
- Selepas itu, perubahan yang cukup drastik berdasarkan paparan carta tukaran matawang Ringgit malaysia, dan akhirnya nilai ringgit dilihat mulai susut dengan teruk.
Nah…..persoalannya sekarang. Apa yang
telah berlaku pada minggu pertama 13 Mei 2013 tersebut? Berita Semasa
pulangkan persoalan ini untuk dijawab dan diulas oleh anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan