Isnin, 9 September 2013

Nabila Huda Cedera Kenderaan Terbalik, Anak Tercampak Keluar


KELAB GREENBOC

Bentong - Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

“Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik. -SH


Pelakon Nabila Huda kemalangan,Anak tercampak keluar dari kereta

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong, petang tadi (semalam).

“Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak saya sekarang,” kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29.

Nabila dihubungi semalam mengesahkan kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Sewaktu memintanya menceritakan pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.

“Saya duduk di bangku penumpang. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur. "Rakan artis, Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan. Saya menumpang keretanya kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro. “Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak). Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu,” kata Nabila dengan nada sebak.

Sambungnya lagi, “Keisha mengalami bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah. “Sekarang ini saya masih menantikan keputusan X-Ray ang dibuat dibahagian kepala Keisha. Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha tidak apa-apa,” katanya.

Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

“Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan stabil.


Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.
-HM

ULASAN GB

Sebelum ini banyak kisah mengenai Nabila Huda yang kita dengar.

Apabila hukum kebenaran dan keadilan tiba, maka ia sepatutnya menjadi pembuka mata dan penyedar jiwa kepada sesiapa juga yang alpa. Jika kita mengabaikan "peringatan" itu, dikhuatiri, pelajaran yang lebih hebat bakal menjelma.

Pada masa itu sesal kemudian sudah tidak berguna. Semuga ia juga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Tiada ulasan: