Sabtu, 7 September 2013

Muhyiddin tak bercakap benar, kata NGO Cina

MALAYSIA KINI


 
Tiga kumpulan pendesak Cina secara terbuka menafikan dakwaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa sekolah vernakular bersetuju dengan masa tambahan untuk pembelajaran bahasa Melayu.

Jiao Zong, Hua Zong and Kesatuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan berkata kenyataan menteri pelajaran itu, bahawa tiga kumpulan tersebut menerima cadangan untuk menambah masa pembelajaran Bahasa Melayu dari 180 minit kepada 240 minit seminggu, adalah tidak benar.

“Kami terkejut dan amat kecewa dan kenyataan timbalan perdana menteri, ia tidak benar sana sekali," kenyataan badan tersebut dipetik.

Menurut kenyataan bersama itu lagi, mereka hanya mencadangkan agar mata pelajaran Bahasa Melayu diajar dalam tempoh 210 minit seminggu.

Badan tersebut turut menegaskan bahawa pendirian tersebut dinyatakan dengan jelas dalam satu pertemuan dengan Muhyiddin pada Selasa lalu.

Dalam pertemuan itu, Jiao Zong turut mengemukakan satu memorandum yang ditandatangani oleh 732 sekolah rendah Cina.

"Ia ditandatangani bersama oleh 1,604 anggota lembaga pengarah, persatua ibu bapa dan guru serta persatuan alumni dari 732 sekolah, yang meminta kementerian menghormati kehendak mereka," kenyataan itu dipetik.

Tiada ulasan: